" "
Artikel Pilihan

G-SHOCK EDISI ISTIMEWA DENGAN SEMANGAT TOYOTA LAND CRUISER – GABUNGAN MELETOP

Casio dan Toyota Auto Body telah berganding bahu untuk menghasilkan jam tangan G-Shock yang unik sesuai dengan reputasi unggul Toyota Land Cruiser. Kalau Rolex Submariner dianggap Porsche jam tangan, kelasakan G-Shock pula cukup sesuai dilabelkan sebagai Toyota Land Cruiser jam tangan.

Kedua jenama ini sama rugged dan dihormati peminat dari seluruh dunia sejak keduanya mula diperkenalkan. Kini dua jenama terkenal ini saling bergandingan sempena menyambut kemenangan kali ke 11 berturut Toyota dalam perlumbaan Dakar Rally.

Toyota Auto Body (anak syarikat Toyota yang bertanggungjawab menghasilkan minivan, kenderaan komersil dan SUV) telah bergabung tenaga dengan Casio untuk menghasilkan jam edisi istimewa baharu GW9500TLC.

Dakar Rally sebelum ini dikenali dengan nama Paris-Dakar Rally, satu perlumbaan tahan lasak off-road yang mula diperkenalkan pada tahun 1978. Kami dah banyak kali menulis tentang perlumbaan Rally Dakar ni jadi bagi yang pernah baca atau tonton video tu mesti tahu macam mana dahsyat perlumbaan ini.

Toyota mula menyertai perlumbaan ini setiap tahun bermula 1995. Pada perlumbaan rali tahun ini, dua Toyota and Cruiser 300 GR Sports telah mendapat tempat pertama dan kedua dalam kelas stok (kereta produksi).

G-Shock pula dilancarkan seawal tahun 1983 dan terus menjadi antara jam paling laris pernah dihasilkan. Ia mungkin kerana rekaannya yang cukup tahan lasak dan pernah diuji dalam pertempuran kombat sebenar oleh pasukan Delta Force tentera AS. Versi terbaru GW9500TLC ini diasaskan dari model terbaik keluaran Casio, Mudman GW9500.

Edisi baharu Mudman TLC ini menggunakan tema warna yang sama seperti Land Cruiser yang bertanding dalam perlumbaan Dakar Rally. Ia juga turut dihiasi dengan logo-logo TLC pada bahagian tali dan belakang badan. Tak cukup lagi? Casio kemudian menambah lagi satu logo pada lampu latar yang dapat dilihat bila lampu tersebut dihidupkan.

Jam tangan ini hanya dikeluarkan dalam jumlah yang terhad dan kebanyakannya sudah pun terjual. Baik korang sambar cepat sebelum ianya kehabisan.

Google ads
Back to top button