
TEMPAHAN TOYOTA HIACE PANEL VAN 3.0L 2024 KINI DIBUKA – JANA 136PS, HARGA BERMULA RM123K
UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini mengumumkan Toyota Hiace Panel Van 3.0L 2024 kini dibuka untuk tempahan.
Model terbaru ini menghadirkan serangkaian ciri canggih yang dirangka untuk memenuhi keperluan perniagaan masa kini.
Salah satu ciri menonjol dari Toyota Hiace Panel Van 3.0L adalah didatangkan dengan ruang kargo lebih besar, mempunyai panjang muatan sepanjang 2,900mm, memberikan lebih banyak ruang untuk pengangkutan barang.

Selain itu, turut disertakan untuk van komersial ini termasuklah teknologi RFID dan sistem Audio Paparan Skrin Sentuh 7-inci, Kamera Undur dan Kesambungan Bluetooth, menawarkan sentuhan moden bagi meningkatkan pengalaman pemanduan.
Dilengkapi dengan enjin turbo-diesel 3.0 liter, Toyota Hiace Panel Van 3.0L menjanjikan kecekapan bahan api yang optimum, menjadikannya pilihan kos efektif bagi pengusaha perniagaan.
Nadi berkenaan dipadankan bersama transmisi manual lima kelajuan, menghasilkan 136PS pada 3,400rpm dan 300Nm tork pada 1,200 – 2,400 rpm.

Bagi ciri keselamatan, ia dilengkapi dua beg udara (SRS), sistem brek anti-kunci (ABS), Load Sensing Proportioning & Bypass Valve (LSP & BV) serta penderia undur.
Toyota Hiace Panel Van 3.0L kini dibuka untuk tempahan pada harga bermula RM123,000 tanpa insurans.
Untuk maklumat lanjut dan membuat pra-tempahan, layari laman web rasmi Toyota Malaysia di https://www.toyota.com.my
- BACA: PETRON, KLEAN JALIN KERJASAMA – SEDIA REVERSE VENDING MACHINE (RVM) UNTUK GALAK ORANG RAMAI MENGITAR SEMULA
- BACA: PEMANDU TERSELAMAT WALAUPUN KERETA DIPANDU TERJUNAM KE DALAM GAUNG – TOLONG BERI PERHATIAN SEMASA MEMANDU
- BACA: TUNGGANG UJI: KTM 390 DUKE 2024 DI ALMERIA
- BACA: SEGALANYA MUDAH DENGAN EON CAPITAL – SASAR 500 TEMPAHAN SEPANJANG ACARA EON & SAHABAT AUTOFEST 2024