
ORA 07, GWM TANK 300 TIBA DI MALAYSIA – BAKAL DILANCARKAN PADA SUKU PERTAMA TAHUN 2024
GWM Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan ORA 07 dan GWM TANK 300 di Malaysia, sekaligus memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna di Malaysia apabila dilancarkan kelak.
Selain ketibaan model baharu itu, turut diumumkan ialah rangkaian warna baharu untuk ORA GOOD CAT iaitu Pistachio Green.
Sebagai produk popular di pasaran, ORA GOOD CAT telah menawan sejumlah besar pengguna dengan reka bentuk luar biasa dan prestasi yang cemerlang.

Menurutnya, pemilihan warna Hijau Pistachio adalah berdasarkan permintaan pelanggan Malaysia.
Bagi model baharu, ORA 07 serta TANK 300, ia bakal diperkenalkan pada suku pertama tahun 2024.
ORA 07 adalah kenderaan tenaga baharu diorientasikan memberi keutamaan kepada keseronokan pemanduan serta penekanan pada ciri keselamatan.
ORA 07 menerima peningkatan menyeluruh dalam ciri keselamatan kenderaan dengan memberi persekitaran pemanduan yang lebih selamat dan bijak.
Untuk pasaran Malaysia, ia akan ditawarkan dalam dua varian iaitu motor elektrik tunggal (jarak gerak 640km) dan motor elektrik berkembar panduan empat roda (jarak gerak 550km).

Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri standard seperti sayap belakang elektrik adaptif, reka bentuk pintu tanpa bingkai, dan lain-lain.
Bagi TANK 300 pula, ia diijangka akan dijual pada harga sekitar RM 250,000 dan pastinya salah satu daripada kereta baharu yang paling dinanti-nantikan tahun ini.
GWM Tank 300 tampil dengan lampu utama berbentuk bulat, gril yang besar dan dari luaran, ia memberikan penggayaan agresif namun tidak berlebihan.
Di bahagian dalam, ia dilengkapi dual-screen bersaiz 12.3-inci, sunroof, sistem audio premium, sementara tempat duduk pula dibalut kulit Nappa, direka agar lebih ergonomik serta mempunyai fungsi pengudaraan dan mengurut.

Ciri keselamatan turut dilengkapi dengan ciri moden seperti Adaptive cruise control (ACC), Lane departure warning system (LDW), Lane keeping assist (LKA), Secondary collision mitigation (SCM), serta Traffic jam assist system (TJA).
Dari segi kuasa, ia mempunyai dua konfigurasi kuasa iaitu 2.0L Turbo dengan transmisi automatik 8AT, menghamburkan kuasa 217hp dan tork pada 380Nm.
Sementara, nadi 2.0L Turbo bersama sistem hibrid dengan transmisi automatik 9-kelajuan HAT, menghasilkan 301hp dan tork 640Nm.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi di https://www.gwm.com.my atau hubungi pusat panggilan GWM di 1800-18-2882.