" "
Buletin

ORA 07 TIBA DI PASARAN MALAYSIA SUKU PERTAMA 2024, TAWAR DUA VARIAN

GWM Malaysia secara rasminya mengesahkan ketibaan model ORA 07 di pasaran Malaysia pada suku pertama tahun 2024.

ORA 07, yang dihasilkan oleh Great Wall Motor (GWM) adalah kenderaan tenaga baharu diorientasikan memberi keutamaan kepada keseronokan pemanduan serta penekanan pada ciri keselamatan.

Menurutnya, ORA 07 menerima peningkatan menyeluruh dalam ciri keselamatan kenderaan dengan memberi persekitaran pemanduan yang lebih selamat dan bijak.

GWM yakin bahawa model ini dan ORA GOOD CAT akan bersama-sama menetapkan tanda aras berbeza dalam industri automotif Malaysia dengan reka bentuknya yang menarik.

Untuk pasaran Malaysia, ia akan ditawarkan dalam dua varian iaitu motor elektrik tunggal (jarak gerak 640km) dan motor elektrik berkembar panduan empat roda (jarak gerak 550km).

Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri standard seperti sayap belakang elektrik adaptif, reka bentuk pintu tanpa bingkai, dan lain-lain.

Google ads
Back to top button