Buletin

HARGA RON97 TURUN 22 SEN – RON95 DAN DIESEL KEKAL

Harga bahan api RON97 turun banyak 22 sen selama seminggu bermula tengah malam ini. Manakala harga petrol RON95 dan diesel tidak berubah pada RM2.08 dan RM2.18 seliter. 

Penurunan itu menjadikan harga RON97 kini ialah RM2.41 seliter berbanding RM2.63 seliter minggu lalu.

Harga baharu itu berikutan harga produk petroleum bertapis di pasaran dunia menunjukkan trend penurunan. Perkembangan semasa akibat ketegangan di rantau Teluk juga memberi impak kepada harga minyak mentah. 

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyakan bahawa di bawah formula Mekanika Penetapan Harga Automatik (APM), harga RRON95 dan dieel sepatutnya dijual pada harga RM2.11 dan RM2.19 seliter. 

Namun, harga kedua-dua bahan api itu telah ditetapkan pada RM2.08 dan RM2.18 seliter. Ia berikutan langkah yang diambil kerajaan untuk menstabilkan harga minyak dan mengurangkan beban rakyat.

Google ads
Back to top button