
HONDA LANCAR BR-V FACELIFT DI THAILAND – HARGA NAIK RM2,000
Honda Automobiles Thailand baru-baru ini memperkenalkan versi facelift model SUV/MPV popularnya, BR-V selepas berada di pasaran selama tiga tahun.
Sebelum ini, versi facelift tersebut melakukan debut pada acara Jakarta Auto Show 2019, April lalu.

Sama sepert versi facelift yang lain, jentera itu menerima penambahbaikan dari segi luaran dan dalaman.
Perubahan paling ketara ialah rekaan baru pada gril radiator dan lampu nyalaan siang (DRL) LED. Bampar hadapan dan rim dua tona itu juga baharu.
Bahagian kabin pula menyaksikan BR-V dipasang dengan skrin sentuh yang telah dinaik taraf dan upholsteri dua tona pada tempat duduk serta panel pintu.

Rangkaian kuasa tidak berubah. BR-V masih menggunakan khidmat enjin i-VTEC 1.5 liter berkuasa 117hp yang dipadankan dengan kotak gear CVT. BR-V juga terus ditawarkan dengan varian lima dan tujuh tempat duduk.
BR-V facelift ditawarkan pada harga bermula 765,000 baht (RM102,330) hingga 835,000 baht (RM112,700) seunit, naik 15,000 baht (RM2,000) berbanding sebelumnya.
- BACA: HONDA MALAYSIA PERKENAL JAZZ MUGEN & BR-V EDISI KHAS – TERHAD 300 UNIT SAHAJA
- BACA: BIMS 2018: HONDA CIVIC HATCHBACK RALLYE RED, BR-V SPORT PACKAGE & BRIO AMAZE SPORT EDITION
- BACA: TAHUKAH ANDA HONDA BR-V SEBENARNYA LEBIH LARIS DARI PERODUA ALZA?
- BACA: HONDA BR-V CATAT TEMPAHAN 4,000 UNIT – HANYA SELEPAS 3 MINGGU DILANCARKAN







