Buletin

SYIOKNYA RAYA BHPETROL TAWAR SAMSUNG S10, TV 50”, NINTENDO SWTCH DAN BAUCAR MINYAK RM300

Sempena sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) mahu terus memberi ganjaran kepada para pelanggannya menerusi satu lagi promosi menarik.

Selama dua bulan bermula 1 Mei hingga 30 Jun 2019, pelanggan yang membeli produk-produk terpilih di BHPetromart layak untuk menyertai peraduan dan menang pelbagai hadiah.

Promosi ini melibatkan 280 buah stesen minyak BHPetrol yang mengambil bahagian dan terbuka untuk pelanggan berusia 18 tahun ke atas.

Pelbagai produk daripada 21 jenama kini ditawarkan pada harga promosi sepanjang tempoh ini. Pelanggan yang membelinya dalam apa jua jumlah boleh menyertai peraduan ‘Syioknya Raya’.

Mereka hanya perlu merakam gambar resit, sertakan sekali nama dan nombor IC, kemudian hantar ke 018-2989 600 melalui aplikasi Whatsapp. Pemenang hadiah bulanan akan diumumkan di akhir kempen ini.  

Peraduan ‘Syioknya Raya’’ menawarkan hadiah Samsung S10 kepada dua orang pemenang utama dan TV UHD 50 inci untuk empat orang pemenang tempat kedua.

Lapan orang pemenang tempat ketiga akan menerima Nintendo Switch. Manakala 30 pemenang hadiah saguhati bakal menerima baucar BHPetrol bernilai RM300. Maklumat lanjut, layari laman web: www.bhpetrol.com.my.

Google ads
Back to top button