Buletin

#BICARA TEKNIKAL: CARA MENUKAR MINYAK PELINCIR LAMBORGHINI AVENTADOR LP700-4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini kita bersama-sama berkongsi resepi tentang cara-cara menukar minyak enjin sebuah Lamborghini Aventador LP700-4.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :-
🔧 Minyak Enjin Motul 300v 5W-30 sebanyak 13 Liter
🔧 Torx T-20 dan T-30
🔧 Spline Screw Driver/Bits 10mm dan 12mm
🔧 Torque Wrench
🔧 Oil Filter UFI 2328900/ OEM 07M115561

Pertama sekali, buka papan bawah dengan menggunakan Torx T-30 dan T-20. Ada lebih kurang 16 biji skru yang perlu dikeluarkan. Setelah itu, akan terpampang secara jelas bahagian bawah enjin jentera ini.

Enjin ini menggunakan sistem “Dry Sump”. Jadi, jangan pelik sekiranya anda lihat unit “Drain Plug” ada lebih daripada 1. Buka skru yang berlabel 1, 2 dan 3 dengan 10mm Spline. Tunggu sehingga minyak keluar sepenuhnya. Kemudian, ikat kembali 3 skru tersebut dengan Torque sekuat 23 Nm. *Rujuk gambarajah untuk label skru.

Seperti yang anda data lihat di gambarajah tersebut, lokasi unit skru no.1 terhalang oleh “Support Bar”. Oleh itu, buka atau longgarkan dahulu unit “Support Bar” menggunakan Torx T-30 bagi membolehkan anda mengakses dan membuka “Drain Plug” no.1.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Buka “Drain Plug” tangki minyak enjin dengan menggunakan 12mm Spline dan tunggu sehingga minyak habis keluar. Seterusnya, ikat kembali dengan Torque sekuat 40Nm. *Rujuk gambarajah untuk label “Drain Plug” tangki minyak enjin.

Buka unit “Oil Filter”. Sapukan sedikit minyak pada “Oil Filter Seal” yang baru dan pasang dengan Torque sekuat 12Nm.

Tuang minyak enjin sehingga penuh. Macam mana nak tahu penuh ? Lihat pada dipstick yang telah disediakan. Tak payah leceh-leceh. Masih cara oldskool beb pakai dipstick.

Hidupkan enjin dan biarkan enjin dalam keadaan “idling” selama 1 minit. Ketika ini sentiasa lihat pada tekanan minyak enjin. Kalau naik maknanya okay. Kalau tak, matikan enjin dan cari apa puncanya.

Matikan enjin dan periksa kembali takat minyak enjin menggunakan Dipstick. Jika kurang, tambah. Jika cukup, biarkan dahulu. Kemudian, part paling best, bawa kereta ni se-round dua sambil buat muka berlagak. Balik ke workshop dan periksa sekali lagi takat minyak enjin.

Reset “Service Reminder” menggunakan Lamborghini LaRa. Kalau takde boleh pakai Odis. Kalau takde juga boleh pakai Launch.

Periksa lagi sekali kenderaan termasuk lah keadaan angin tayar, Brake Pad, Coolant Level, Power Steering Fluid Level etc, etc…

Pastikan kenderaan Bersih dan siapkan invois. Pastikan pelanggan bayar sebelum beliau beredar. Kedua-dua belah pihak gembira 😊

Google ads
Back to top button