TERLUPA AKTIFKAN PERISIAN, VOLVO XC40 RECHARGE TERSADAI DI PELABUHAN AMERIKA
Volvo XC40 Recharge sememangnya satu model penting buat pengeluar dari Sweden itu kerana ia merupakan model elekrik pertamanya.
Berhasrat untuk menjadi jenama kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2030, banyak perkara yang perlu dibuktikan oleh Volvo menerusi model XC40 Recharge dan SUV coupe C40 Recharge yang dilancarkan baru-baru ini.
Namun, malang menimpa apabila sejumlah XC40 Recharge kini tersadai di beberapa buah pelabuhan di Amerika Syarikat kerana Volvo terlupa untuk mengaktifkan perisian Volvo on Call sebelum ia dikeluarkan dari kilang di Sweden.
Biarpun begitu, seorang jurucakap Volvo menyatakan masalah itu tidak menjejaskan tarikh penyerahan kenderaan kepada pelanggan iaitu pada Q1 2021.
Namun, kelewatan selama beberapa minggu namapaknya tidak dapat dielakkan. Salah seorang pelanggan diberitahu oleh pengedar bahawa SUV itu tidak dapat dikeluarkan dari pebuhan Newark, New Jersey sehinggalah pertengahan April.
Pengaktifan perkhidmatan langganan Volvo on Call sangat penting kerana ia menghubungkan SUV berkenaan dengan telefon pintar pemilik.
Sekali gus membolehkan sejumlah fungsi seperti menghidup atau mematikan enjin dari jauh, mengunci atau membuka pintu serta mengakses pelbagai maklumat penting dibuat.
Pengedar Volvo tidak tahu bilakah Volvo akan mengeluarkan naik taraf secara over-the-air (OTA) untuk menyelesaikan semua masalah ini. Harus tahu bahawa selain Tesla, Volvo baru sahaja menjalankan naik taraf secara OTA.
Ini merupakan satu proses baharu dan mereka masih belajar mengenainya. Tidak lama lagi, ia dilihat akan menjadi satu prosedur biasa.
Minggu lalu, Volvo mengeluarkan siri pertama naik taraf OTA untuk pemilik XC40 Recharge.
Ia menampilkan ciri perisian baharu untuk sistem elektronik, selain mampu meningkatkan kelajuan mengecaj, jarak pemanduan dan membaiki bug berkaitan sistem keselamatan penting.
- BACA: VOLVO AKAN KURANGKAN MODEL SEDAN DAN WAGON. FOKUS KEPADA SUV
- BACA: VOLVO C40 RECHARGE. EV PERTAMA VOLVO, VERSI COUPE XC40, 420KM SEKALI CAJ, JUAL SECARA DALAM TALIAN SAHAJA
- BACA: GEELY DAN VOLVO TAK JADI BERGABUNG. TUBUH ENTITI BAHARU UNTUK BANGUNKAN RANGKAIAN KUASA
- BACA: IKLAN PILIHAN: WAGON PADU VOLVO V70 CONVERT 2.3 T5 SEDIA UNTUK DILEPASKAN