
PENGEDAR HARLEY DAVIDSON NAK BAGI MOTOSIKAL PERCUMA
Pusat pengedar Wilkins Harley Davidson yang terletak di Barre, Vermont, Amerika Syarikat (AS) akan memberi sebuah motosikal percuma bagi setiap jualan 50 unit jentera berkenaan kepada mereka yang mendaftar untuk Freedom For All Project.
Bagaimanapun, motosikal percuma terbabit hanya akan diberikan kepada mereka yang memerlukan sahaja.
Pengedar berkenaan menjangkakan mampu menjual kira-kira 300 unit motosikal pada tahun ini.
Ia bermakna sebanyak enam motosikal akan diberikan secara percuma sepanjang tahun ini kepada mereka yang mendaftar Freedom For All Project.

Menurut Pengurus Pelanggan Wilkins, Mark Frano, program berkenaan bertujuan membantu mereka yang ingin merasai kebebasan apabila menunggang motosikal tetapi tidak memiliki wang untuk membeli sebuah jentera.
Dia memberitahu kebanyakkan pendaftaran adalah dari penduduk sekitar Vermont, New York dan New Hampshire.
Begitupun, dia menambah pendaftaran turut terbuka kepada mereka yang dapat memberikan jawapan mengapa merasakan layak menjadi calon progem berkenaan.
“Menunggang motosikal merupakan salah satu cara untuk melepaskan tekanan dan masalah yang dihadapi.
“Sebilangan besar individu mungkin dapat menggunakan kaedah ini tetapi tidak mempunyai wang yang cukup untuk mendapatkan motosikal Harley-Davidson bernilai USD20,000 (RM83k),” katanya.
Projek seumpama itu sudah menjadi tradisi bagi pengedar tersebut sejak mula membuka pintu kepada orang ramai pada tahun 1947.
Pengasasnya Harry Wilkins, akan memberikan sandwic percuma kepada para pelanggan yang mengunjungi kedainya. – visordown
- BACA: HARLEY DAVIDSON MEMPERKENALKAN BARISAN MODEL 2021 DI PASARAN MALAYSIA
- BACA: INILAH HARLEY DAVIDSON FAT BOB KUSTOM LEGENDA MARADONA. TENGOK PUN BOLEH AGAK PEMILIKNYA
- BACA: HARLEY DAVIDSON KIBAR BENDERA PUTIH DI INDIA
- BACA: HARLEY DAVIDSON 1972 KENA REMBAT 4 TAHUN LALU. PULANG SEMULA PADA PEMILIK ASAL