Buletin

SUBARU FORESTER 2023 RASMI DILANCARKAN. 4 VARIAN, EYESIGHT 4.0, 154HP, BERMULA RM174K

TC Subaru baru-baru ini memperkenalkan empat varian Forester 2023 iaitu Forester 2.0i-L Eyesight, Forester 2.0 i-L EyeSight GT Lite, Forester 2.0 i-S EyeSight dan Forester 2.0 i-S EyeSight GT Edition ke pasaran tempatan.

Kemas kini terbaharu itu melibatkan sistem keselamatan EyeSight 4.0, selain tambah baik dari segi ciri serta kelengkapan.

EyeSight 4.0 didatangkan standard untuk semua varian Forester. Ia merangkumi sembilan ciri yang terdiri daripada Autonomous Emergency Steering, Adaptive Cruise Control, Lane Departure Warning, Lane Departure Prevention, Pre-Collision Braking, Subaru Rear Vehicle Detection dan High Beam Assist.

Dari penampilan luar, varian GY Lite dan GT Edition mendapat dua kit badan baharu yang diserlahkan dengan rim bersaiz 18-inci atau 17-inci (bergantung pada varian), lip depan serta belakang termasuklah skirting sisi.

Kit badan tersebut direka oleh Giken Co. Ltd dan Masahiko Jack Kobayashi, iaitu dari pasukan asal Subaru yang bertanggungjawab dalam mereka bentuk 12 model termasuk WRX STI. Kemas kini lain termasuklah butang X-MODE yang berfungsi untuk mengawal Symmetrical All-Wheel Drive.

SUV itu juga hadir dengan mod Snow/Dirt dan Deep Snow/Mud (bergantung kepada varian, bersama fungsi X-MODE Auto Restore dan Hill Descent Control).

Menjengah ke dalam kabin, Subaru Forester 2023 dikemaskan dengan tempat duduk kulit bersama jahitan berlian dwi-tona dan logo GT di sisi.

Forester 2023 didatangkan dengan pilihan tujuh warna iaitu Crystal White, Ice Silver Metallic, Crystal Black Silica, Horizon Blue Pearl, dan tiga warna baharu (Cascade Green Silica, Magnetite Gray Metallic, dan Brilliant Bronze Metallic).

Subaru Forester 2023 dikuasakan oleh enjin boxer 4-silinder yang berupaya menghasilkan 154hp, 196Nm tork dan digandingkan bersama kotak gear CVT serta sistem pacuan Symmetrical AWD.

SUBV itu boleh dimiliki pada harga RM174,288 (Forester 2.0i-L Eyesight), RM180,288 (Forester 2.0 i-L EyeSight GT Lite), RM184,288 (Forester 2.0 i-S EyeSight) dan RM196,288 (Forester 2.0 i-S EyeSight GT Edition).

GALERI:

Google ads
Back to top button