
DUCATI CATAT JUALAN GLOBAL LEBIH 14,000 UNIT PADA Q1 2023
Selepas mengharungi tahun 2022 begitu cemerlang, Ducati sekali lagi membuktikan bahawa ia adalah jenama berpengaruh apabila memulakan 2023 dengan hasil positif.
Bagi suku pertama 2023, Ducati mencatat rekod baharu apabila menyerahkan 14,725 unit motosikal kepada pelanggan di seluruh dunia, meningkat 9 peratus berbanding dalam tempoh sama tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali berkata, “Kami memulakan 2023 dengan mencatat keputusan terbaik, membuktikan strategi syarikat membuahkan hasil.”

Untuk rekod, Itali berada di kedudukan pertama dengan catatan 2,717 jualan, meningkat 7 peratus berbanding suku pertama 2022.
Sementara, bagi pasaran kedua terbesar Ducati, Amerika Syarikat berjaya menjual 1,677 unit. Manakala Jerman, mencatat 1,666 unit jualan dengan pertumbuhan sebanyak 21 peratus.
Bagi senarai model, Multistrada V4 merupakan model paling laris di peringkat global dengan 2,668 unit terjual. Senarai itu diikuti oleh model seperti Monster (2,005 unit) dan DesertX (1,442 unit).
- BACA: ACARA ‘WE RIDE AS ONE’ HIMPUN PEMINAT DUCATI SERATA DUNIA
- BACA: DUCATI SCRAMBLER 2023 – RESEPI MOTOR BEGINNER PALING BERJAYA
- BACA: KEMPEN #DUCATIRAYA 2023. TERIMA EKZOS SLIP-ON TERMIGNONI RM11K, DISKAUN SEHINGGA 35% UNTUK SERVIS DESMO
- BACA: DUCATI CATAT REKOD 2022, JUALAN LEBIH 60 RIBU, MULTISTRADA PALING LAKU!