
PROTON S70 RASMI DILANCARKAN – EMPAT VARIAN, JANA 150PS, HARGA BERMULA RM73K
Proton hari ini secara rasmi melancarkan model baharu yang ditunggu-tunggu iaitu Proton S70 dan ia tiba dalam empat varian – Executive, Premium, Flagship dan Flagship X.
Untuk rekod, Proton S70 menjadi model Proton baru keempat yang dibangunkan bersama dengan Geely selepas melancarkan Proton X70, Proton X50, dan Proton X90 hibrid ringan.
Proton S70 dibina berdasarkan platform B-segment Modular Architecture (BMA), sama seperti SUV Proton X50 dan mempunyai dimensi 4,638mm (panjang), 1,820mm (lebar) dan 1,460mm (tinggi).

Secara keseluruhan, ia lebih besar berbanding Proton Preve dan Corolla serta menawarkan kapasiti but lebih tinggi daripada Civic.
Dari segi penggayaan, bagi varian 1.5 Executive, ia hadir dengan gril berbentuk berlian terpampang, lampu nyalaan siang LED, cermin sisi tanpa auto-lipat dan diserlahkan lagi melalui rim aloi 16-inci.

Perincian lain bagi varian asas ini termasuklah tempat duduk fabrik, skrin infotainment lapan inci serta dimuatkan bersama enam beg udara, Lane Change Assist, brek parkir elektronik, tiada perehat tangan dan tiada pilihan mod (Normal, Sport, Comfort),
Sementara, varian Premium pula menerima ciri tambahan seperti lampu depan LED automatik, bar lampu belakang, upholsteri jenis leatherette, pendingin hawa automatik, kamera undur dan cermin sisi auto-lipat.
Untuk varian Flagship pula, ia didatangkan dengan rim aloi 17-inci, kluster instrumen digital 10.3 inci, skrin infotainment 12.3 inci yang turut boleh dikawal menggunakan arahan suara “Hi Proton”, kamera 360 darjah dengan paparan 3D dan enam pembesar suara.

Kelengkapan lain bagi varian Flagship adalah seperti pengecas wayarles, pelarasan kuasa tempat duduk pemandu manakala, varian tertinggi Flagship X mendapat ciri tambahan iaitu bumbung suria serta dashcam.
Proton S70 dilengkapi dengan sistem keselamatan dan bantuan pemandu seperti berikut:
- Autonomous Emergency Braking
- Forward Collision Warning
- Adaptive Cruise Control dengan Stop & Go
- Intelligent Cruise Control
- Lane Departure Warning
- Lane Departure Prevention
- Lane Centering Control
- Traffic Sign Information
- Intelligent High Beam Control
- Lane Change Assist
- Door Opening Warning
- Rear Collision Warning
- Rear Cross Traffic Alert
Secara mekanikal, Proton S70 dijana oleh enjin 1.5 liter turbo, berupaya menghasilkan 150PS dan 255Nm. Nadi berkenaan dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan.
Untuk harga pula, ia diberi tanda harga seperti berikut:
- Proton S70 Executive: RM73,800
- Proton S70 Premium: RM79,800
- Proton S70 Flagship: RM89,800
- Proton S70 Flagship X: RM94,800
Proton turut menawarkan insurans selama lima tahun tanpa had batuan, dan perkhidmatan buruh percuma sebanyak enam kali ketika melakukan servis kenderaan.
Bagi pembeli Flagship dan Flagship X pula, data percuma 1GB sebulan juga diberikan untuk lima tahun pertama.
GALERI:


















- BACA: PROTON DAFTAR TANDA DAGANG NAMA PROTON X80 – BERDASARKAN LIBOYUE L ATAU BOYUE COOL
- BACA: TEMPAHAN PROTON S70 KINI DIBUKA – 1.5L TURBO, JANA 175HP
- BACA: PROTON TAWAR PAKEJ AKSESORI PROTON X50 R3 – TERHAD 200 UNIT, HARGA BERMULA RM12K
- BACA: PROTON X90 KINI DI PASARAN BRUNEI, MAURITIUS DAN AFRIKA SELATAN








