
LEXUS TAWAR AKSES KEMEWAHAN DI SABAH – JANJI PENGALAMAN PEMILIKAN LEBIH LANCAR
Selepas melebarkan sayap ke dalam pasaran automotif di Sabah dengan melancarkan bilik pameran Lexus Kota Kinabalu, syarikat berkenaan sedia menawarkan akses kemudahan serta kemewahan di sana.
Menurut Presiden Lexus Malaysia, Datuk Ravindran K, model-model Lexus baharu bakal tiba dalam beberapa tahun dan pelanggan di Sabah kini boleh merasai sendiri pengalaman di Lexus Kota Kinabalu.
“Kami sangat teruja untuk berkembang ke Sabah, mendekatkan jenama kami kepada pelanggan di negeri ini dan menawarkan mereka akses kemewahan.”

Terletak di Batu 5.5, Tuaran Road, bilik pameran baharu itu dikendalikan oleh Borneo Mobility Sabah Sdn Bhd dan menjanjikan gabungan kecanggihan, inovasi, serta perkhidmatan pelanggan yang tiada tandingan.
Tambahan, pembukaan Lexus Kota Kinabalu juga bertepatan dengan pencapaian terbaru Lexus, di mana ia baru saja melancarkan Lexus RX F SPORT Hybrid.
Lexus RX F SPORT Hybrid ialah kereta hibrid pertama di Malaysia yang menjelmakan Lexus Global Electrification Vision.

Visi ini mengutamakan prestasi melalui teknologi elektrifikasi sekaligus mencapai dedikasi Lexus untuk menjadi jenama elektrik oleh 2035.
Lexus Kota Kinabalu ialah pusat sehenti untuk setiap keperluan pelanggan, menjanjikan perjalanan pemilikan yang lancar.
Setiap pembelian Lexus disertakan LexusCare, menyediakan pelbagai rangkaian faedah, termasuk bantuan tepi jalan yang komprehensif, perkhidmatan percuma, akses kepada acara eksklusif dan banyak lagi.
Lexus turut menawarkan jaminan lima tahun Lexus – perbatuan tanda had bagi memberikan ketenangan fikiran untuk pelanggan.
- BACA: LEXUS GX 460 PREMIUM AAP BUILD, CONTOH SUV MEWAH UNTUK OFF-ROAD
- BACA: MODEL BEV GENERASI BAHARU LEXUS TAMPIL LEBIH MODEN, TINGKAT KUALITI GAYA HIDUP, PERSEKITARAN
- BACA: JMS 2023: LEXUS MUNCUL DENGAN MODEL KONSEP LF-ZC – DIREKA BENTUK MELALUI TEKNOLOGI GIGACASTING, EV PALING RINGAN
- BACA: LEXUS PERKENALKAN MODEL KONSEP EV DI JAPAN MOBILITY SHOW 2023 – SEDIA PENGALAMAN BAHARU UNTUK PENGUNJUNG