
SIAPA KATA SELEPAS JUALAN PROTON TAK BAGUS? ABANG BERAS HAPPY HANTAR X70 KE PUSAT 3S PROTON
Selain jenama kereta, perkara paling penting untuk diperincikan adalah perkhidmatan selepas jualan. Sekiranya tidak menerima perkhidmatan selepas jualan yang betul, sudah tentu ia menyukarkan pemilik kereta di kemudian hari.
Baru-baru ini, team Mekanika sempat menemu bual beberapa orang pemilik PROTON X70 mengenai perkhidmatan selepas jualan PROTON. Rendra Soliano ialah pemilik yang sudah pun menggunakan model tersebut hampir dua tahun, manakala Halim Bin atau lebih dikenali sebagai Abang Beras pula telah memandu PROTON X70 selama lima tahun.
Komitmen PROTON terhadap kebolehpercayaan bermaksud pelanggan boleh mengharapkan PROTON sama ada ia melibatkan kenderaan atau perkhidmatan selepas jualan.
Memetik kenyataan PROTON sebelum ini, syarikat kereta nasional itu ingin mencapai matlamat melalui peningkatan kualiti produk dengan mengaplikasikan piawaian global dan amalan terbaik. Ini termasuklah melalui latihan kakitangan untuk menyediakan perkhidmatan yang memuaskan hati.
PROTON turut bekerjasama rapat dengan rangkaian wakil penjualnya yang kini mempunyai jumlah pusat 3S/4S tertinggi di Malaysia dengan 102 secara keseluruhannya, bagi meningkatkan lagi pengalaman pelanggan PROTON.

Menurut Abang Beras, antara ciri paling digemarinya adalah Voice Command. Sistem tersebut adalah sistem biasa dipasang pada kereta mewah dari benua Eropah seperti Mercedes Benz, BMW dan Volvo.
Sistem itu membolehkan pemandu mengawal pelbagai ciri seperti penyaman udara, audio, navigasi dan membuka tingkap kereta atau bumbung panaromik.
“Kita ada anak dan selalunya anak-anak buka tingkap tanpa kita sedar. Jadi, bila turun dari kereta kadang-kadang kita lupa nak tutup.
“Tapi, dengan PROTON X70, saya tak perlu risau kalau terlupa sebab satu ciri paling saya suka adalah tingkap atau cermin akan ditutup secara automatik ketika kita lock kereta,” kata Abang Beras.
“Setakat ini saya tidak berdepan dengan apa-apa masalah, baik major atau minor. Masa beli, saya rasa PROTON X70 seperti kereta mewah, futuristik.

“Handling pun superb sebab sebagai SUV, dia rasa macam kereta continental. Sedaplah,” kongsi Rendra pula.
Mengulas tentang perkhidmatan selepas jualan, Abang Beras menyatakan bahawa perkhidmatan diberikan oleh pihak PROTON sememangnya tiada masalah dan efektif.
“Sebelum ni pernah ke PROTON Service Centre tapi bukanlah ada problem yang major. Di sini, kerjanya sangat pantas, kita juga diberitahu mengenai segala masalah yang ada pada kenderaan kita,” kata Abang Beras.
Rendra mengakui bahawa pusat servis PROTON sangat selesa, ada tempat menunggu, ada makanan serta minuman. Dia juga setuju kerja pembaikan di sini tidak mengambil masa begitu lama sebab sudah ada SOP dan juruteknik berkemahiran.
Malah, dia memberitahu akan tetap pergi ke PROTON Service Centre walaupun selepas tempoh jaminan PROTO X70 miliknya tamat. Ini selepas mengambil kira kemudahan yang ada sekarang.

“Kalau pergi ke workshop luar, peluang kita untuk ditipu sangat tinggi. Jadi, bila hantar ke pusat servis official, mereka dah ada worksheets dan kita akan dimaklumkan apa yang perlu ditukar serta sebut harga sekali.
“Jadi, kita dah tahu berapa bajet perlu disediakan dan kita pun tak rasa tercekik. Servis di sini buat hati kita senanglah,” luah Abang Beras.
Sementara, Rendra juga berkongsi nada serupa mengenai perkhidmatan selepas jualan.
“Kalau di luar, kadang-kadang kita tak tahu barang yang diganti sama ada betul-betul original atau tidak.
“Hantar kat pusat servis PROTON, jadi senanglah dan tak perlu risau bila kita hantar kereta,” jelasnya lagi.
Jadi, kepada semua pemilik kenderaan PROTON, tidak perlu lagi runsing ditipu dan terpaksa menunggu di bawah pokok kerana segalanya mudah untuk menggunakan perkhidmatan di Pusat Servis PROTON.
Anda hanya perlu melayari https://www.proton.com/en/after-sales/service-booking untuk membuat temu janji.
- BACA: PROTON SASAR 5,000 TEMPAHAN PROTON S70 MENJELANG AKHIR TAHUN INI, MASUK PASARAN 15 NEGARA
- BACA: PROTON S70 RASMI DILANCARKAN – EMPAT VARIAN, JANA 150PS, HARGA BERMULA RM73K
- BACA: PROTON DAFTAR TANDA DAGANG NAMA PROTON X80 – BERDASARKAN LIBOYUE L ATAU BOYUE COOL
- BACA: PROTON, GENTARI LANCAR PENGECAS DC DI CoE – TAWAR AKSES TANPA MENGIRA JENAMA