
PROTON SASAR 5,000 TEMPAHAN PROTON S70 MENJELANG AKHIR TAHUN INI, MASUK PASARAN 15 NEGARA
Setelah Proton S70 dilancarkan, ia kini mulai menjadi perhatian orang ramai terutamanya harga ditawarkan adalah mampu milik ditambah pula didatangkan dengan perincian yang menarik.
Proton S70 dibina berdasarkan platform B-segment Modular Architecture (BMA), sama seperti SUV Proton X50 dan mempunyai dimensi 4,638mm (panjang), 1,820mm (lebar) dan 1,460mm (tinggi).
Proton S70 tiba dalam empat varian – Executive, Premium, Flagship dan Flagship X dengan perincian harga seperti berikut:
- Proton S70 Executive: RM73,800
- Proton S70 Premium: RM79,800
- Proton S70 Flagship: RM89,800
- Proton S70 Flagship X: RM94,800

Keeempat-empat varian menampilkan gabungan enjin 1.5-liter turbo tiga silinder dan kotak gear klac berkembar (DCT) tujuh kelajuan yang menghasilkan 150PS dan 226Nm.
Berikutan harga yang kompetitif, Proton menjangkakan sekurang-kurangnya 5,000 tempahan menjelang akhir tahun ini.
Selain itu, varian Premium dan Flagship bakal menerima tempahan tertinggi, dijangka sebanyak 40 peratus untuk Premium, 40 peratus untuk Flagship dan 20 peratus untuk Flagship X.
Dalam mengembangkan jenama tersebut ke pasaran luar, Proton menyatakan bahawa Thailand dan Indonesia mempunyai saiz pasaran yang luas, tetapi turut berdaya saing dari segi penembusan
Justeru itu, pada masa ini pengeluar kereta nasional itu sedia mengeksport Proton S70 ke 15 negara antaranya Afrika Selatan, Pakistan, Kenya dan Brunei.
Dengan harga segmen-B untuk model segmen-C, Proton S70 pastinya menjadi pilihan dan menurut Proton, model sedan baharu berkenaan akan dihantar kepada pelanggan pada awal tahun hadapan.
- BACA: PROTON S70 RASMI DILANCARKAN – EMPAT VARIAN, JANA 150PS, HARGA BERMULA RM73K
- BACA: PROTON DAFTAR TANDA DAGANG NAMA PROTON X80 – BERDASARKAN LIBOYUE L ATAU BOYUE COOL
- BACA: HASIL JUALAN PROTON MENINGKAT 12.3 PERATUS UNTUK 10 BULAN PERTAMA 2023
- BACA: TEMPAHAN PROTON S70 KINI DIBUKA – 1.5L TURBO, JANA 175HP