
HELMET ARC X PETRONAS SPRINTA 40TH ANNIVERSARY DIUMUMKAN – HANYA 4,999 UNIT, RM298
Petronas Sprinta meraikan ulang tahun ke-40 dengan berita gembira buat peminat apabila melancarkan kolaborasi istimewa bersama FTProject dan jenama helmet tempatan ARC.

Kolaborasi istimewa ini menyaksikan model helmet popular, ARC Ritz diwarnai dengan warna dan grafik Petronas Sprinta. Lebih menarik, helmet ini hanya terhad kepada 4,999 unit sahaja.
Setiap helmet juga didatangkan dengan nombor siri eksklusif, sijil serta beg khas dan kotak.

Kolaborasi antara Petronas Sprinta dan ARC ini termeterai dengan bantuan FT Garage menerusi F-Design yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam penghasilan reka bentuk, warna dan grafik helmet ARC Ritz Petronas Sprinta 40th Anniversary.
Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan helmet ini secara atas talian menerusi laman web dan media sosial FT Garage bermula jam 9 malam ini.

Helmet ARC X Petronas Sprinta 40th Anniversary ini boleh didapati dengan harga jualan RM298.