Buletin

HIDUPKAN SEMULA PROJEK R&D, KETUA JURUTERA RENAULT DAN NISSAN AKAN BERTEMU

Ketua jurutera Renault, Gilles Le Borgne dilapor akan bertemu dengan rakan sejawatannya dari Nissan, Tsuyoshi Yamaguchi  di Jepun pada minggu ini.

Ia bagi berbincang dan menghidupkan kembali projek-projek penting yang ditinggalkan oleh ppakatan tersebut akibat isu Carlos Ghosn. 

Sejak bekas ketua mereka ditahan, pakatan itu dilihat bergelut untuk kembali kompetitif. Malah, Ghosn sebelum ini ada meramalkan bahawa Nissan akan muflis dalam masa dua hinga tiga tahun lagi.

Menurut penganalisis, untuk menarik minat pelabur, mereka perlu menghasilkan projek kerjasama yang bagus dan menjimatkan kos. 

Projek itu penting buat kedua-dua buah syarikat ketika industri automotif berdepan sentimen pasaran yang perlahan. Selain pelaburan tinggi untuk menghasilkan kenderaan lebih bersih dan memiliki teknologi pemandunan berautonomi. 

Ia akan menjadi agenda utama dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah pakatan pada 30 Januari depan di Jepun.

Antara bidang yang akan menjadi fokus ialah sistem kuasa hibrid, di mana ketiga-tiga ahli pakatan telah membangunkan sistem sendiri dan tidak digabungkan secara efektif. 

Nissan didakwa akan menggunakan sistem hibrid E-Tech yang dibangunkan oleh Renault pada model SUV kompaknya, Juke. Sementara Renault akan menggunakan sistem e-Power Nissan untuk model Kadjar.

Mitsubishi pula masih menggunakan sistem hibrid sendiri pada model terlarisnya, Outlander. – Japan Today 

Google ads
Back to top button