Buletin

PAKATAN RENAULT, NISSAN DAN MITSUBISHI UMUMKAN “KELAHIRAN SEMULA”

Ketiga-tiga CEO syarikat Renault, Nissan dan Mitsubishi hari ini mengumumkan pembentukan operasi baru dengan apa yang mereka rujuk sebagai kelahiran semula pakatan.

Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi digemparkan dengan penahanan Pengerusinya Carlos Ghosn atas dakwaan penyalahgunaan kewangan.

Pengerusi Renault Jean Dominique Senard, CEO Nissan HIroko Saikawa, Thierry Bolloré, CEO Renault dan Osamu Masuko, CEO Mitsubishi mengeluarkan kenyataan bersama pasukan baru akan melihat semula kesemua sudut operasi.

Pasukan baru akan dibentuk bagi membuat dasar pembangunan baru dalam Pakatan ini yang dianggotai kesemua CEO syarikat dan dikendalikan oleh Senard.

Pembentukan Pasukan Operasi ini tidak akan menjejaskan struktur Pakatan kerana ia bertujuan memelihara kebebasan organisasi setiap syarikat. Renault juga bersetuju membenarkan Nissan membentuk ahli jawatankuasa sendiri bagi memilih pengerusi mereka yang baru.

Renault, Nissan dan Mitsubishi juga mahu pasukan operasi baru bagi menggantikan kerjasama sedia ada, termasuklah Renault-Nissan BV di Belanda dan NIssan-Mitsubishi BV yang sedang disiasat berkaitan dengan skandal Ghosn.

Ketiga-tiga syarikat ini akan menandatangani perjanjian akhir pada ulangtahun ke 20 sambutan pakatan ini. Pasukan ini akan bertemu setiap bulan di Paris atau Tokyo dan akan mengemaskinikan kedudukan mereka kepada pemegang saham dengan lebih kerap.

Google ads
Back to top button