Artikel Pilihan

INI PANDANGAN PEGUAM TENTANG PENGGUNAAN KERUSI KANAK-KANAK

Pengalaman saya di mahkamah menyaksikan banyak kes kes kemalangan membabitkan insiden kemalangan yang menyebabkan kematian kanak kanak akibat tercampak keluar dari kereta atau terhantuk kepada kenderaan itu sendiri sewaktu kemalangan.

Apabila kerajaan mewajibkan meletakkan anak kecil itu di dalam kerusi kereta bayi atau kanak kanak (kid car seat), banyak suara suara sumbang dan sinis kedengaran.

Suara ini lazimnya wujud kerana mereka tidak pernah mengalami kejadian kemalangan yang mungkin mencederakan atau meragut nyawa kanak kanak kecil mereka atau orang yang terdekat atau disayangi mereka.

Memang tidak dapat dinafikan, pengunaan kerusi ini akan menyusahkan dan menambahkan kos kepada tuan kereta.

Saya turut merasakan peraturan ini menyusahkan saya sehingga mungkin saya dan keluarga saya terlibat dalam kemalangan atau sesuatu yang tidak diingini terjadi kepada saya dan keluarga, saya akan mengiakan pentingnya penggunaan kerusi ini.

Minta dijauhi oleh tuhan namun usaha dan ikhtiar perlu kita lakukan juga.

Kemalangan tidak berbau dan mungkin boleh berlaku pada bila bila masa tanpa diduga.

Saya masih ingat sewaktu kecil, kerajaan menguatkuasa peraturan mewajibkan pemakaian topi keledar kepada pengguna motosikal. Pada waktu itu terdapat suara suara sinis yang tidak bersetuju dengan dasar kerajaan. Namun peraturan tersebut tetap diteruskan.

Sebagai kerajaan, tanggungjawab mereka adalah memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan peraturan digubal bagi mengurangkan risiko kepada rakyat.

Mazda CX30

Statistik dari Malaysian Institute of Road Safety Research (Miros) menujukkan kematian kanak kanak di dalam kereta dapat dikurangkan kepada 70% dengan menggunakan car seat yang sesuai dan dipasangkan dengan betul.

Peraturan dibuat berdasarkan statistik dan bukan mengikut hawa nafsu pembuat undang undang.

Sekadar berkongsi pengalaman saya di mahkamah, seorang ibu meraung dan terpaksa ditenangkan oleh jurubahasa mahkamah apabila ditunjukkan gambar arwah anak beliau yang tercampak daripada kenderaan yang terbabit dalam kemalangan.

Sebak melihat peristiwa berkenaan dan apabila kerajaan membuat peraturan, saya faham kenapa peraturan begini perlu walaupun ianya menyusahkan saya, menambahkan kos saya dan menyebabkan anak saya tidak selesa.

Bak kata pepatah, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.

KREDIT: HASIF HASAN

Google ads
Back to top button