Buletin

MAPS PERAK DITUTUP. TIADA LAGI AKSI STUNT LEGENDS SELEPAS INI

Rasanya umum sememangnya mengetahui berita khabar angin mengenai Taman Tema yang terletak di Ipoh, Movie Animation Park Studios (MAPS) bakal ditutup bakal ditutup. Dan kini, sahihlah Taman Tema tersebut ditutup operasinya bermula 28 Januari 2020.

Khabar angin penutupan Taman Tema yang terletak betul – betul bersebelahan dengan Lebuhraya Plus di Ipoh itu sudah kedengaran semenjak penghujung tahun lepas lagi. Namun ianya pantas dinafikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Taman Tema milik kerajaan negeri melalui Perak Corporation Bhd dan pengendali Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP) dikala itu menghadapi masalah untuk membayar balik Prinsipal berjumlah RM25.7 juta kepada Affin Hwang Investment Bank Bhd.

Taman Tema MAPS yang dibangunkan dengan kos RM520 juta ditutup sehingga ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak. Pada 4 Disember tahun lepas, Affin Investment telah melantik Datuk Duar Tuan Kiat dari Messrs Ernst & Young sebagai penerima dan pengurus hartanah milik ATP.

Sudah tentu berita penutupan ini memberikan suatu tamparan yang cukup hebat buat para kakitangan MAPS. Secara jujurnya ada dua benda sahaja yang pada fikiran Brader Karrager cukup unik pada MAPS ini dan tiada pada Taman Tema yang lain. Pertamanya membabitkan Boboiboy. Itu adalah tarikan utama untuk anak – anak mengheret ibu dan bapa ke sana. Namun impak yang sepatutnya macam tak seberapa.

Dan lagi satu tarikan sudah tentulah Stunt Legends. Mana nak dapat tengok aksi lagak ngeri yang mendebarkan membabitkan motosikal KTM dan juga Nissan Skyline secara langsung? Paling menarik Stunt Legends ini diuruskan oleh anak tempatan Perak sendiri yang diketuai oleh pelumba rali handalan, Faidzal Alang. Mujur Brader Karrager sempat menyaksikan persembahan lagak ngeri tersebut pada tahun 2018 depan dan belakang tabir. Lepas ni tak tahulah apa nasib kesemua tenaga kerja MAPS.

Nampaknya usaha yang dilakukan sebelum ini termasuklah kemasukan percuma dan Pay Per Ride dalam usaha menambahkan kedatangan pengunjung tidak kesampaian. Sebagai rekod, di awal pembukaan, mereka pernah mengatakan sasaran pengunjung seramai 2 juta setahun tetapi khabarnya jumlah pengunjung yang datang tersangatlah sedikit, Barangkali kegagalan MAPS untuk mengikat ‘DreamWorks Animation’ dan membawa Megamind ke Ipoh seperti yang digembar gembur hingga menjejaskan tarikan pelancong dari luar negara untuk berkunjung ke MAPS.

Apa pun, marilah kita semua mendoakan yang terbaik buat semua yang terbabit. Baru awal tahun dah tak ada kerja. Simpati Brader Karrager dan Mekanika ada pada mereka para warga MAPS

BACA : STUNT LEGENDS MOVIE ANIMATION PARK STUDIO – MENGKOMER SEMUA UDOH PERGI KE?

BACA : SEMBANG SANTAI BERSAMA FAIDZAL ALANG

Mazda CX30
Tags
Google ads
Back to top button