Buletin

HONDA ACCORD CATAT JUALAN 920 UNIT. NO. 1 SEGMEN D, VARIAN 1.5L TURBO PREMIUM PALING LAKU

Honda Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah merekodkan jualan sebanyak 920 unit Accord generasi ke-10 sejak dilancarkan pada Februari lalu. 

Ini sekali gus membuatkan Accord berada di kedudukan No. 1 dalam segmen D bagi separuh pertama 2020 dengan perkongsian pasaran 40 peratus. 

1.5L VTEC Turbocharged Premium menjadi varian pilihan dengan menyumbang 78 peratus ke atas tempahan setakat ini. Hampir 500 uniy telah diserahkan kepada pelanggan di seluruh negara.  

Warna yang menjadi pilihan ramai ialah putih mutiara dengan 33 peratus. Untuk lokasi pula, wilayah tengah menerima tempahan paling tinggi dengan 42 peratus, diikuti oleh kawasan Selatan dan Utara dengan 23 dan 19 peratus.  

Penerimaan positif ke atas Accord banyak disumbangkan oleh rekaan yang elegan. Tampil dengan gayaan sebuah fastback, ia diserlahkan lagi dengan reka bentuk yang lebar, garis bumbung rendah dan hud panjang.

Bahagian hadapan pula nampak garang dengan gril krom, sepasang lampu LED penuh dan rim aloi 18 inci bersama resonator untuk mengurangkan bunyi bising tayar.   

Sebagai pengeluar Jepun pertama yang menawarkan enjin turbo dalam segmen D, Accord mampu menawarkan pengalaman pemanduan mengujakan dan jimat bahan api. Enjin turbo 1.5 liter itu lebih berkuasa berbanding enjin 2.4 liter dengan 201PS dan tork maksimum 206Nm.

Antara ciri-ciri pertama yang diperkenalkan pada Accord ialah Walk Away Auto Lock, Remote Engine Start dan  Driver Seat Memory. Tidak ketinggalan paparan audio bersaiz 8 inci dan meter kluster TFT 7 inci.  

Aspek keselamatan pula ditingkatkan menerusi Honda SENSING. Di samping sistem bantuan parkir pintar dengan BA di bekalang yang memudahkan urusan memarkir, kamera 360° dan Cross Traffic Monitor (CTM). 

Google ads
Back to top button