Buletin

HONDA ACCORD DENGAN KIT MODULO, SEGAK JUGA KAN?

Honda Accord generasi kesepuluh dilancarkan pada 26 Februari 2020 dan selang beberapa minggu atau lebih tepat pada 18 Mac negara kita dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Secara automatiknya, kelibat model baharu itu tidak dapat dilihat di jalan raya. Dari segi harga, sedan segmen D sebenarnya telah tertolak ke liga premium seperti yang boleh dilihat pada Toyota Camry.

Honda Accord juga begitu cuma anda masih boleh memilikinya pada aras harga RM186,000 untuk varian 1.5 TC dan 196,000 bagi varian 1.5 TC-P dengan padanan transmisi CVT.

Tidak lagi dengan varian 2.0L dan 2.4L sebelum ini, Accord hanya ditawarkan dengan enjin tunggal 1.5L VTEC Turbo sama seperti Civic dan CR-V.

Bezanya ialah Accord ditala dengan kuasa tertinggi iaitu 201 PS dan tork 260 Nm malah lebih tinggi berbanding Accord pasaran Thailand dan Indonesia.

Berbanding pasaran Indonesia dan Thailand yang lebih awal, negara kita paling kemudian malah begitu juga di Jepun sendiri. 

Accord pasaran Jepun juga tidak mempunyai varian 1.5L VTEC Turbo yang diganti dengan 2.0L i-VTEC dan gabungan dua motor elektrik.

Walaupun lewat, Honda mempunyai buah tangan istimewa iaitu kit Honda Access (Modulo) yang turut dipasarkan pada tarikh sama Accord berada di pasaran Jepun iaitu 21 Februari.

Sejak dari dulu, Accord membawa imej eksekutif dan kit Honda Access menambah karakter sporti pada sedan itu.

Pada bahagian luar, kit Honda Access terdiri daripada gril depan, skirt sisi bampar depan, skirt sisi, skirt sisi bampar belakang dan spoiler but.

Logo H pula berwarna hitam dan roda aloi 19 inci menambah lagi karakter sporti kereta. Turut ditawarkan ialah roda aloi 18 inci.

Pada bahagian dalam, kit Honda Access terdiri daripada set lampu suluhan permukaan jalan dengan logo Accord, nyalaan poket pintu dan lampu LED berwarna putih untuk bahagian depan.

Aksesori lain ialah garnish ambang pintu, alas ruang but, kotak simpanan but yang boleh dialih dan dibasuh, kamera rakaman depan serta belakang. 

Untuk harga, set kit badan Honda Modulo tanpa roda aloi ialah ‭249,700‬‬ yen (RM10,011).

Dari pandangan luar, kit Honda Accord Modulo ini nampak kemas dan tidak berlebihan. Ia masih lagi mengekalkan imej sedan eksekutif dengan sedikit sentuhan berperisa. 

Dalam erti kata lain, nampak kemas dan mantap!

BACA: TIADA 1.5L TURBO UNTUK HONDA ACCORD JDM, GUNA 2.0L HIBRID

BACA: PADA 2012 HONDA ACCORD COUPE DIPERKENAL DI AS – BERKENAN KE?

BACA: HONDA RIDGELINE DENGAN GEAR AUTO 9 KELAJUAN!

Kredit foto: Honda/Honda Access

Google ads
Back to top button