ALKISAH TOYOTA VOXY – INI BARU REAL BABY VELLFIRE
Selama ini segmen MPV bersaiz penuh dengan harga sederhana mahal bagi model baharu, pilihan yang kita ada barangkali hanyalah Nissan Serena dan juga Mazda Biante sahaja. Untuk pasaran terpakai, pernahlah juga Honda Elysion / Stepwgn cuba mengusik sikit hati pembeli yang inginkan sebuah MPV yang selesa untuk membawa tujuh penumpang tanpa perlu membawa pakaian sumbat ke dalam beg plastik. Tapi kalau kita perasan, sejak akhir akhir ini nama Toyota Voxy ini semakin menaik pula.
Sebenarnya sebelum Toyota turut menguna pakai plat nama Toyota Noah ketika generasi pertamanya berada di pasaran pada tahun 2001. Dan kehadiran Toyota Voxy sebagai kembar sudah tentulah untuk tampil lebih sporty berbanding Noah.
Sebenarnya rekaan Toyota Voxy generasi pertama ini agak hampir serupa dengan rekaan Nissan Serena C24 yang telah pun wujud terlebih dahulu beberapa tahun sebelumnya. Malah dimensinya juga tidak jauh sangat beza. Paling ketara sudah tentulah nose cut kedua dua model ini yang kalau bertukar logo pun pasti keliru juga JPJJ (Jabatan Pengangkutan Jalan Jepun).
Generasi kedua Toyota Voxy (R70) pula hadir pada tahun 2007 sebaik sahaja R60 ini tamat tempoh produksinya. Sebagai sebuah model JDM, sudah tentulah Toyota Voxy / Noah ini hanya dipasangkan di Jepun melalui kilang di Kariya, Aichi. Tetapi tahukah bahawasanya model yang sangat selesa untuk membawa tujuh penumpang ini turut dipasangkan di kilang luar Jepun. Dan ianya di pasangkan di Bekasi Indonesia. Menggunakan plat nama Toyota NAV1 untuk pasaran di Indonesia.
Sedikit pelik apabila model R70 ini dibiarkan terus diproduksikan sehingga ke tahun 2017. Jarang sekali model Jepun yang dibiarkan jangka hayat melebihi 10 tahun. Terima kasih kepada model facelift untuk memastikan model ini kekal relevan di pasaran di kala itu.
Generasi ketiga (R80) akhirnya tiba bermula tahun 2018 untuk menyambung legasi plat nama Voxy / Noah ini. Dan Voxy / Noah kali ini benar benar serius mahu membina sebuah MPV yang kelihatan sangat bergaya untuk orang muda yang mana slip gajinya tidak lepas untuk membeli Vellfire baharu.
Mengenali tipikal Toyota, maka mereka menawarkan pelbagai varian untuk model ini. Tujuh atau lapan tempat duduk boleh dipilih. Kalau nak feeling MPV mewah, tempat duduk kapten di barisan kedua pasti menjadi pilihan. Yang pasti, penggunaan enjin 3ZR-FAE 2.0 liter dilihat tepat untuk memastikan pemilik tidaklah terlalu risau dengan Cukai Jalan serta penggunaan bahan bakar yang lebih menjimatkan.
Dan semakan dalam Mudah, Toyota Voxy ini sebenarnya boleh dibeli serendah RM100,000 sehinggalah ke RM180,000 mengikut varian dan juga tahun pengeluaran. Jadi bagaimana? Kalau tak lepas loan Vellfire, bolehlah cuba untuk Voxy ini pula. Confirm Mak Mertua menyangka anda telah membeli Vellfire sebenar.
BACA : VELLFIRE MAHAL? TOYOTA VOXY LEBUH DAN DIJUAL DI MALAYSIA