Buletin

TEMPAHAN HONDA CR-V FACELIFT 2020 KINI DIBUKA. PINTU BELAKANG AUTOMATIK, HONDA LANEWATCH STANDARD

Honda Malaysia hari ini membuka tempahan untuk model CR-V baharu di semua 101 pengedar Honda di seluruh negara.

Sejak dilancarkan pada tahun 2017, lebih 36,000 unit CR-V generasi ke-5 telah terjual. CR-V yang menyumbang sebanyak 19 peratus kepada pasaran segmen SUV bukan nasional dijangka dilancarkan pada Q4 2020.

Bahagian luaran CR-V kini lebih moden dan sofistikated menerusi penggunaan gril berwarna hitam yang digabungkan dengan lampu utama LED Honda Signature. Sementara bampar hadapan dan fascia krom wing membuatkan penampilannya lebih garang.

Perubahan diteruskan pada bahagian belakang dengan krom dan perumah lampu digelapkan. Bampar belakang juga menerima kemasan krom. Estetika CR-V ditingkatkan lagi dengan rim aloi dua tona rekaan baharu bersaiz 18 inci.

Jentera itu didatangkan dengan ciri-ciri baharu iaitu pintu belakang berkuasa yang boleh diaktifkan melalui pergerakan kaki pada bahagian bawah bampar.

CR-V dijana oleh enjin 1.5L VTEC berkuasa 193PS dan tork 243Nm. Ia mengekalkan prestasi 4WD melalui Intelligent Control System yang mengagihkan kuasa tork secara serta-merta untuk memberi cengkaman dan kawalan lebih baik.

SUV itu turut hadir dengan rangkaian penuh sistem keselamatan Honda SENSING:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Low-Speed Follow (LSF)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Keeping Assist System (LKAS)
  • Auto High-Beam (AHB)

Bukan itu sahaja, Honda LaneWatch kini menjadi ciri standard untuk CR-V. Kamera yang dipasang pada cermin sisi sebelah kiri itu memaparkan visual pada skrin infohibur apabila pemandu hendak membelok atau menukar haluan ke kiri.

Maklumat lanjut, sila hubungi talian 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my

Google ads
Back to top button