Buletin

HONDA MALAYSIA PANGGIL SEMULA 7,050 UNIT CR-V TAHUN 2018

Honda Malaysia hari ini mengumumkan memanggil semula 7,050 unit CR-V buatan tahun 2018.

Inisiatif itu diambil untuk menukar butang pada tuil gear sebagai satu langkah berjaga-jaga. Semua model lain Honda yang dijual sekarang tidak terlibat dan Honda akan terus bersikap telus dengan para pelanggannya.

Kempen itu dibuat bagi mengatasi masalah pelanggan mungkin berdepan kesukaran untuk menukar gear P ke gear-gear lain. Menjadikan pelanggan sebagai keutamaan, syarikat memohon maaf atas kesulitan ini.  

Penggantian butang tuil gear tersebut adalah percuma dan ditanggung oleh Honda Malaysia. semua pelanggan yang terlibat akan dihubungi menerusi surat. Pelanggan yang menerima surat diminta menghantar kereta mereka ke pengedar sah Honda untuk diperiksa.

Stok gantian akan ditawarkan secara berperingkat-peringkat.  

Maklumat lanjut, sila hubungi talian tol percuma Honda 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my

Google ads
Back to top button