
SUBARU TEASER SIKIT PROTOTAIP BRZ 2022 DI SUBIEFEST
Platform Subiefest telah digunakan pengeluar kenderaan Subaru memperkenalkan prototaip BRZ yang mendapat sentuhan baharu kepada khalayak.
Biarpun, syarikat terbabit hanya mempertontonkan gambar teaser yang menampilkan separuh kenderaan itu, orang ramai tidak melepaskan peluang memuat naik gambar prototaip di media sosial.
Model prototaip BRZ 2022 menampilkan evolusi dalam rekaan dan garis badan lebih menarik serta sporty.

Antara ciri-ciri terbaharu yang dapat dilihat termasuk ia hadir dengan rekaan lampu baharu dan ruang kemasukan udara lebih sporty.
Rekaan fender yang besar pada model terdahulu turut diperbaharui menyerlahkan lagi penampilan jentera ini.
Di bahagian belakang pula, rekaan lampu diperkemas tampil lebih kecil dan moden serta digabungkan dengan pemasangan spoiler.

Gambar intipan terdahulu turut menunjukkan, jentera terbaharu ini hadir dengan bampar belakang lebih sporty dan didatangkan bersama sistem ekzos berkembar.
Dalam pada itu, Subaru BRZ ini didakwa bakal mendapat khidmat enjin 2.4 liter yang mampu menjana 217 hp dan tork 240 Nm lebih berkuasa berbanding model terdahulu.
Subaru BRZ 2022 dijangka bakal membuat penampilan rasmi menjelang musim luruh tahun ini. – carscoops.
- BACA: PEMILIK SUBARU WRX ‘JUARA’ PALING BANYAK KENA SAMAN MEMANDU LAJU DI AS – KAJIAN
- BACA: SUBARU LEVORG 2020, WAGON + TURBO = KERETA IDAMAN!
- BACA: SUBARU TAMATKAN PRODUKSI BRZ. KEMBAR BAHARU GR86 KELUAR TAHUN 2021
- BACA: SUBARU IMPREZA 22B STi 1998 NAK JUAL £295K (RM1.6 JUTA) DI UK. PLASTIK PUN BELUM BUKA LAGI!