Buletin

HARGA KERETA HONDA NAIK 5-9% UNTUK TAHUN 2020. CR-V KINI RM12.7K LEBIH MAHAL

Honda Malaysia semalam mengumumkan bahawa harga model tertentu yang dijual di pasaran tempatan naik sekitar lima hingga 9 peratus. Kenaikan yang bermula semalam, 21 Februari 2020 itu bagaimanapun bergantung kepada model dan varian. 

Kenaikan harga tersebut adalah disebabkan oleh penilaian semula insentif khas (customised) untuk model pemasangan tempatan (CKD).

Harus tahu bahawa insentif khas tersebut adalah berbeza berbanding regulasi penilaian eksais yang diumumkan sebelum ini yang didakwa tidak akan memberi kesan kepada harga kenderaan. 

Honda Malaysia menegaskan ia akan mematuhi sepenuhnya garis panduan terbaru itu. 

Jadi berapa banyak kenaikan yang terpaksa dibayar oleh pengguna? Sebagai contoh, kenaikan Honda Jazz untuk ketiga-tiga varian iaitu S, E dan V adalah sekitar 6.06 hingga 7.2 peratus atau kira-kira RM5,067.

Sedan popular City pula naik dari 5.31 hingga 6.32 peratus atau sekitar RM4,644. Kenaikan paling tinggi dialami oleh SUV CR-V iaitu bermula dari 7.79 hingga 9.25 peratus yang mencecah RM12,792.  

Senarai harga lengkap adalah seperti berikut: 

Perubahan harga akan dilaksanakan secara serentak di semua 100 pengedar Honda di seluruh negara. 

Tags
Google ads
Back to top button