Buletin

HONDA MALAYSIA BAGI “ANGPOW” SEHINGGA RM10,000!

Honda Malaysia memulakan langkah tahun 2020 dengan kempen terbaru mereka sambutan Tahun Baru Cina akan datang. Dikenali dengan “2020 Starts Now”, Honda Malaysia menawarkan bonus tambahan yang cukup berbaloi.

Kempen “2020 Starts Now” menawarkan ganjaran berjumlah sehingga RM10,000 * yang terdiri daripada *, RM888 Bonus Tambahan * dan Hadiah Eksklusif *.

Kepada para pembeli kereta Honda yang mendaftarkan kereta Honda baru mereka antara 1 dan 31 Januari 2020 layak untuk menyertainya. Semua model terlibat iaitu Jazz, Jazz Hybrid, City, City Hybrid, HR-V, HR-V Hybrid, BR-V, CR-V dan Odyssey.

Dari segi jualan, Honda Malaysia mencatatkan lebih daripada 78,000 unit jualan dari Januari hingga November 2019. Dari rekod jualan juga, Honda Malaysia mengekalkannya kedudukan jenama kereta No.1 Bukan Nasional pada November 2019.

Honda Malaysia meneruskan usahanya dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan selepas jualan dengan melantik pengedar di kawasan yang berbeza untuk kemudahan pelanggan. Sehingga kini, Honda Malaysia mempunyai 100 pengedar di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen “2020 Starts Now” atau untuk memandu uji -mana model Honda, pelanggan boleh melawat mana-mana pengedar Honda di seluruh negara atau menghubungi 1-800-88-2020 atau log masuk ke www.honda.com.my.

Google ads
Back to top button