
HONDA THAILAND PANGGIL SEMULA CITY BAHARU. KENAPA PULAK NI?
Baru sahaja dilancarkan pada November tahun lalu, Honda Thailand telah memanggil semula City generasi kelima itu.
Honda juga mengarahkan para pengedarnya supaya menghentikan sementara proses penyerahan sedan tersebut kepada pelanggan.
Pelanggan yang sudah menerima kereta masing-masing diminta untuk menghantar sedan itu semula ke pengedar sah Honda.
Panggilan semula itu dibuat berikutan Honda mengesan wujud masalah pada saluran bingkai tingkap yang dilekatkan dengan getah. Honda juga memberitahu pihaknya sedang menyiasat punca masalah itu dan tiada tempoh masa diberikan.

City baharu dibangunkan sepenuhnya di Thailand dan dipasang di kilang Honda di Ayutthaya. Dengan rekaan luaran yang lebih menarik perhatian dan pelbagai teknologi terkini, City dijangka mendapat maklum balas positif daripada pasaran.
Di Thailand, City ditawarkan dalam emat varian iaitu S, V, SV dan RS. Semua model itu menggunakan khidmat enjin turbo tiga selinder bersesaran 1.0 liter berkuasa 122PS dan tork 173Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT.
Masih menggunakan platform sama seperti Jazz sekarang, City dilengkapi lampu utama dan belakang LED, rim aloi bersaiz 16 inci, lapan unit pembesar suara, sistem infohibur bersama skirn sentuh serta ciri Apple CarPlay.
Tidak ketinggalan, sistem kawalan jelajah, enam beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA) dan banyak lagi.
- BACA: KERETA BAHARU SEMAKIN KURANG BERMASALAH. JAZZ, CITY & CR-V UNGGULI TIGA KATEGORI KAJI SELIDIK J.D. POWER 2019
- BACA: HONDA CITY AKAN DATANG DENGAN ENJIN TURBO 1.0 LITER
- BACA: HONDA CITY 2019 ENJIN 1.0 TURBO. LANCAR DI THAILAND BULAN DEPAN
- BACA: HONDA CITY EDISI KHAS – KINI DILENGKAPI DVR, PERANTI BACAAN TOL & 2 PILIHAN WARNA. RM75,955 SAHAJA!