Buletin

SUV PERODUA SAH AKAN GUNA ENJIN 1.0 TURBO!!!

Perodua hari ini menganjurkan majlis penyampaian laporan prestasi tahunan 2019 bertempat di Hotel Four Season Kuala Lumpur. Program yang dijalankan setiap tahun itu lazimnya akan memaparkan prestasi tahunan Perodua sepanjang tahun sebelumnya dan mereka juga turut membentangkan strategi untuk tahun berikutnya.

Dalam perbentangan pelan 2020, Perodua menerusi Dato Zainal Abidin Ahmad presiden & CEO ditanya berkali-kali tentang kehadiran SUV terbaru dari syarikat pengeluar kenderaan nasional itu.

Tidak menafikan, Dato Zainal juga memberi gambaran bahawa memang akan ada model baru yag akan dilancarkan pada tahun ini.

“Saya tak akan nafikan (akan nada model baru). Seperti yang pernah saya katakan dahulu, Perodua tahun ini akan lancarkan satu model minor change (facelift) dan satu model full model change (model baru sepenuhnya).

Meskipun tidak menyebutnya secara spesifik, kita dapat menjangkakan yang ia adalah Perodua SUV/ Raize/Daihatsu Rocky yang telah dilancarkan di Jepun pada penghujung tahun lalu.

ENJIN 1.0 TURBO

Sebaik sesi perbentangan dan soal jawab rasmi Bersama media, kami sempat bertanya secara terus kepada Dato Zainal berkenaan enjin yang akan digunakan kelak.

“Ya 1.0 turbo, Ya,” ujar Dato Zainal ringkas.

Bulan lalu, kami pernah mengulas mengenai enjin ini yang dikenali dengan kod 1KR-VET.

Mazda CX30

1KR-VET.

Ia adalah varian enjin moden dengan kepala silinder yang menempatkan sistem VVT-i juga dibina daripada aluminium. Sesaran maksima enjin ini ialah 1000cc dengan 3 silinder sahaja.

Saiz diameter gerek ditetapkan pada 71mm dan saiz lejang pula ialah 84mm. Ia menggunakan teknologi suntikan bahan api terus dan juga suntikan bahan api port (dual injector). Bermakna ada 6 pemancit yang akan dipasang pada enjin ini.

1 – fuel delivery pipe, 2 – fuel injector, 3 – fuel pressure regulator, 4 – charcoal canister, 5 – fuel tank, 6 – fuel pump module, 7 – fuel pump, 8 – fuel pump filter

Nisbah mampatan bagi enjin ini adalah sekitar 9.5:1 satu sahaja bagi memberikan lebih ruang pada sistem pengecas turbo bekerja dengan lebih selesa tanpa masalah ketukan.

Sistem sejukan pula akan mengaplikasikan sistem water jacket 3 sub-sistem yang berasingan bagi menyingkirkan haba dengan efisyen. Bagi menghapuskan masalah enapan deposit dalam enjin, sistem Positive Crankcase Ventilation turut diperkenalkan dimana sistem port injection akan memastikan enapan karbon dimasukkan semula dalam silinder untuk dibakar

1 – fuel injector. a – intake port, b – tumble flow

Carian berkenaan enjin ini turut menemui fakta yang mengatakan enjin ini merupakan enjin derivatif yang berasal dari enjin 1KR-FE yang dipadankan dengan sistem turbo memandangkan rekaan enjin 1KR-VET menyamai rekaan 1KR-FE. Sekiranya fakta ini tepat maka enjin 1KR-VET mungkin akan mewarisi teknologi lain dari enjin 1KR-FE.

Ciri-ciri ini termasuklah salutan resin pada permukaan piston bagi mengurangkan geseran, penggunaan gas EGR yang lebih tinggi, dan mampu beroperasi dalam kitaran enjin Atkinson. Namun ini hanya tanggapan jika ciri-ciri ini dipindahkan dari enjin FE kepada VET.

EGR sejukan air. 1 – EGR valve. a – EGR cooler, b – water passage, c – exhaust gas passage

Dengan bantuan pendesak turbo serta pemancit berkembar, enjin ini berupaya menghasilkan 97 kuasa kuda pada 6000 RPM. Tork maksima 140Nm pula dapat dihasilkan di antara 2400-4000 RPM. Ia sebenarnya satu angka yang agak konsevatif jika dibandingakan dengan enjin P10A2 milik Honda.

Tapi disebabkan berat SUV Perodua D55L nanti hanyalah 960-970kg sahaja, maka ia bukanlah satu masalah besar. Malah kami pasti keupayaan transmisi D-CVT milik Toyota mampu mengekstrak kuasa enjin secara optimum kepada permukaan jalan dengan cemerlang dan bukan hanya luar biasa pada atas kertas sahaja.

Berdasarkan kitaran ujian kenderaan ringan sedunia (WLTC), Raize / Rocky berupaya untuk dipandu sejauh 18.6km bagi setiap liter petrol bagi varian 2 roda dan 17.4km bagi varian pacuan semua roda. Dengan saiz enjin yang kompak, penggunaan transmisi D-CVT dan cesi yang ringan maka angka boleh dipuji.

Google ads
Back to top button