Buletin

PERODUA TIDAK DIRUNDING UNTUK PENSTRUKTURAN SEMULA DUTI EKSAIS. CUBA KURANGKAN IMPAK KEPADA PENGGUNA

Perodua mengakui bahawa pihaknya tidak dipanggil untuk berbincang atau diberi taklimat mengenai garis panduan atau penstrukturan semula eksais duti kenderaan baharu. 

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam majlis rebiu prestasi Perodua tahun 2019 di Kuala Lumpur, pagi tadi. “Kami sentiasa berhubung dengan kerajaan terutama dalam aspek yang melibatkan industri automotif negara. 

“Tetapi, berkaitan duti eksais kali ini, kami tidak dijemput. Jadi, kami akan mengadakan perbincangan dengan beeberapa orang ahli Persatuan Automotif Malaysia (MAA) untuk menilai impak perkembangan ini,” katanya.   

Biarpun begitu, Zainal memberi jaminan bahawa pihaknya akan cuba sedaya upaya untuk meminimumkan impak kenaikan harga ke atas para pelanggannya. Apatah lagi, Perodua sentiasa mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Maka, tiada perubahan harga buat masa sekarang.  

Sebelum ini, timbul laporan kerajaan bakal memperkenalkan peraturan eksais duti yang baru. Ia dilihat menyebabkan harga kenderaan pemasangan tempatan (CKD) naik di antara 10 hingga 15 peratus. 

Penstrukturan semula duit eksais juga didakwa akan menyebabkan kereta CKD dikenakan lebih banyak cukai, berikutan kaedah pengiraan nilai pasaran terbuka (OMV) kenderaan yang sudah berubah. 

Antara aspek cukai yang bakal dikenakan termasuklah kerja-kerja pembangunan, rekaan, pelan, lakaran bayaran royalti dan sebagainya. 

Google ads
Back to top button