Buletin

HONDA CITY EDISI KHAS – KINI DILENGKAPI DVR, PERANTI BACAAN TOL & 2 PILIHAN WARNA. RM75,955 SAHAJA!

Honda Malaysia hari ini memperkenalkan Honda City Edisi Khas dengan dua pilihan warna iaitu putih dan merah mutiara. 

Hanya ditawarkan dalam varian E, sedan segmen B No. 1 di Malaysia itu juga didatangkan dengan beberapa ciri tambahan untuk memberi lebih kemudahan kepada pemiliknya.

Ciri tambahan itu termasuklah perakam video digital (DVR), peranti bacaan tol binaan dalam, visor pintu dan trunk organizer. 

DVR yang turut meliputi pandangan dari arah belakang itu akan merakam perjalanan pada masa sebenar untuk memberi lebih keselamatan.

Anda tidak perlu lagi memegang SmartTag atau mengimbas kad Touch N Go setiap kali melalui tol. Disambungkan terus dengan sumber kuasa kenderaan, pemandu tidak perlu menukar bateri SmatTag seperti sebelum ini. 

Visor pintu yang direka secara aerodinamik pula bertindak sebagai penghalang air hujan apabila anda menurunkan sedikit tingkap untuk mendapatkan udara segar ketika memandu semasa hujan. 

Bagi mereka yang mahu memastikan barang-barang sentiasa tersusun, trunk organizer pasti sangat diperlukan. Semua ciri ini dilihat akan meningkatkan lagi nilai City Edisi Khas sebagai sedan yang ideal untuk semua.

Sedan itu masih menggunakan khidmat enjin 1.5 liter VTEC yang dipadankan dengan kotak gear CVT yang menjanjikan kuasa dan penjimatan terbaik. 

“Bagi memberi lebih nilai kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong Honda Malaysia, kami memperkenalkan City Edisi Khas pada harga hanya RM75,955 (warna merah) dan RM76,075 bagi warna putih sempena kempen Road to 9000k Unit Milestone,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama. 

City merupakan penyumbang terbesar kepada jualan keseluruhan Honda Malaysia dengan 34 peratus, sekali gus membolehkan syarikat mengekalkan kedudukan No. 1 dalam segmen B dari Januari hingga Julai 2019.

Wilayah tengah menyumbang sebanyak 50 peratus kepada jualan City, diikuti oleh wilayah Selatan (20 peratus) dan Utara dengan 19 peratus. 

Dari segi keselamatan, City Edisi Khas dilengkapi brek ABS, BA, Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS) dan Electronic Brake Distribution (EBD).

Tags
Google ads
Back to top button