
HONDA CITY 2019 ENJIN 1.0 TURBO. LANCAR DI THAILAND BULAN DEPAN
Honda dijangka memberi kejutan kepada pengguna di Thailand dengan memperkenalkan model pentingnya, Honda City serba baharu bulan hadapan.
Dijadual diperkenalkan pada acara Thailand Motor Expo 2019, kehadiran City generasi ke-7 itu memang tept pada masanya kerana model sedia ada sudah berada di pasaran sejak tahun 2014 lagi. Di Malaysia, City menjadi antara penyumbang utama jualan memberangsangkan Honda Malaysia.

Antara perubahan paling ketara pada model serba baharu itu ialah penggunaan enjin 1.0 turbo tiga selinder VTEC. Enjin itu didakwa mampu menjana kuasa mencecah 120hp dan tork 200Nm dengan pengecas turbo diambil daripada Borg Warner. Sementara pilihan kotak gear pula ialah enam kelajuan CVT atau manual.
Satu lagi enjin ialah 1.5 liter aspirasi biasa yang dipadankan dengan teknologi hibrid mild i-MMD baharu.
Langkah menukar enjin tersebut diambil berikutan kejayaan Mazda melaksanakan strategi sama pada model Mazda2. Ini kerana mengikut peraturan Eco Car Phase 11 yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa Thailand, di mana semua kenderaan eco mestilah mempunyai kriteria berikut:
- Mematuhi piawaian emisi Euro5
- Emisi CO2 tidak lebih 100g/km
- Penggunaan bahan api kurang 4.3l/100km atau 23.25km bagi setiap liter minyak
- Sistem ABS, EBD, VSA dan Bantuan Brek sebagai ciri standard
City dijangka berkongsi papan pemuka yang sama dengan Jazz akan datang. Ia dilengkapi paparan sentuh bersaiz lebih besar dan kluster instrumen digital.
Berdasarkan kepada beberapa keping spyshot sebelum ini, City berkemungkinan besar memiliki karekteristik gayaan terkini Honda. Antaranya ialah lampu LED lebih besar, bar krom yang tebal di hadapan seperti Civic dan CR-V.