Buletin

HOT WHEELS AKAN LANCARKAN HONDA CIVIC EG!

Ini mungkin satu lagi model diecast yang ditunggu-tunggu pada tahun ini. Hot Wheels telah memberi indikasi bahawa mereka akan melancarkan Honda Civic EG.

Ia mungkin kereta klasik-moden Civic yang paling popular di dunia. Hot Wheels sebelum ini pernah melancarkan diecast model Civic EF pada 2014 dan menjadi kegilaan pengumpul di seluruh dunia. Pasaran jualbeli model tersebut sangatlah merapu sekali pada hari ini.

Direkabentuk oleh Ryu Asada, model keluaran ini telah dipertontonkan menerusi laman Instagram Hot Wheels Dream Team. Model skala 1:64 itu direka dengan cukup teliti oleh pasukan Asada.

Menurut Asada lagi foto yang dipertontonkan itu adalah model prototaip. Roda 10 jejari yang dipasangkan adalah sebagai percubaan sementara dan versi produksi akan menggunakan roda yang lain.

Kalau anda pengumpul diecast sejati, model ini wajib dijadikan salah satu dalam simpanan untuk koleksi 2019.

Google ads
Back to top button