Buletin

HYUNDAI SANTA FE 2019 KINI DIJUAL SECARA RASMI – 4 VARIAN, BERMULA RM169,888 SEUNIT

Hyundai Santa Fe yang pernah dipertontonkan kepada umum pada acara Kuala Lumpur International 2018 kini sudah dijual secara rasmi.

Model generasi keempat itu hadir dalam empat varian dan ditawarkan pada harga pengenalan seperti berikut. Harga ini (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) sah sehingga akhir Jun 2019:

  • Theta II 2.4 MPI Executive – RM169,888
  • Theta II 2.4 MPI Premium – RM189,888
  • R 2.2 CRDi Executive – RM191,888
  • R 2.2 CRDi Premium –  RM211,888

“Sejak prebiu pada November tahun lalu, kami telah menerima maklum balas yang positif dan sejumlah tempahan.

“Harga Santa Fe baru sahaja diumumkan dan orang ramai boleh SUV popular ini,” kata Pengarah Urusan Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM), Low Yuan Lung.

Jentera itu didatangkan dengan dua pilihan enjin iaitu Theta II 2.4 liter dan enjin diesel CRDi bersesaran 2.2 liter. Enjin petrol Theta II berkuasa 172PS dan tork 225Nm dipadankan bersama transmisi automatik 6 kelajuan.

Manakala enjin diesel pula menggunakan kotak gear transmisi automatik 8-kelajuan. Ia mampu menjana kuasa sehingga 193PS dan tork 440Nm.

Transmisi baharu yang dibangunkan sendiri oleh Hyundai itu menjanjikan prestasi penukaran gear yang pantas.

Dengan perbezaan harga RM20,000 varian Premium bagi enjin petrol dan diesel dilengkap pelbagai ciri tambahan.

Antaranya ialah Rear Occupant Alert, Blind-Spot Colision Warning, Rear Cross Traffic Collision Warning,Bi-function LED Projection, Dynamic Bending Light, tempat duduk kuasa 8 cara untuk penumpang hadapan dan 10 cara untuk pemandu.

Tidak ketinggalan kemasan kulit pada papan pemuka, kemasan fabrik atau suede pada tiang, paparan LCD TFT Supervision bersaiz 7” dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto, pintu belakang kuasa, pengecas telefon tanpa wayar,pengesan hujan rim 19 inci serta lampu LED.

Ciri baharu Rear Occupant Alert yang menggunakan sensor ultrasonik berfungsi membantu memantau pergerakan anak-anak.  Ia direka untuk mengelak daripada insiden anak atau haiwan peliharaan tertinggal.

Varian diesel pula dipasang dengan sistem pacua semua roda HTRAC. Sistem multi mode itu menawarkan klac agihan kuasa tork boleh ubah secara elektronik di antara gandar hadapan dan belakang.

Sistem keselamatan diteruskan daripada model terdahulu. Misalnya enam beg udara, Electronic Stability Control (ESC), Vehicle Stability Control (VSC), Hillstart Assist Control (HAC), Downhill Brake Control (DBC), ABS, Brake Assist (BAS), Traction Control dan Immobiliser.

Di ruang kabin pula, ia tampil dengan paparan terapung bersaiz 7 inci, sistem pengecaman suara, kawalan lampu automatik, kawalan jelajah automatik dan roof rack.     

Santa fe hadir bersama servis percuma selama tiga tahun dan perbatuan sejuah 50,000km. Di samping jaminan selama lima tahun dan perbatuan sejauh 300,000km (mana-mana tiba dahulu).

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button