
HUAWEI BAKAL BIKIN CIP KENDERAAN
Pemain industri kenderaan berdepan mimpi ngeri apabila terpaksa berdepan kekurangan cip pada peringkat global.
Ia sekali gus memaksa pengeluar-pengeluar kenderaan menghentikan produksi berikutan bekalan semikonduktor terjejas teruk.
Beberapa gergasi teknologi termasuk Intel dan Samsung bersedia dalam usaha membantu kekurangan cip berkenaan.
Terbaharu, syarikat yang bertapak di China, Huawei dikatakan akan membangunkan cip kenderaan.
Syarikat berkenaan mencari cabang baharu dalam industri termasuk bidang pemotoran apabila jualan telefon pintar terjejas akibat sekatan dilaksanakan Amerika Syarikat (AS) pada tahun pertengahan Mei 2019.
Huawei telah bergandingan dengan beberapa pengeluar kenderaan menawarkan platform dan perisian menjana kenderaan elektrik mereka.
Jalinan kerjasama bersama Chongging Changan Automobile akan menyaksikan projek lebih besar antara kedua syarikat terbabit.
Menurut laporan Reuters, sejak beberapa bulan lalu, dua syarikat berkenaan dalam perbincangan membangunkan cip kenderaan.
Pengumuman mengenainya dijangka akan dilakukan dalam masa terdekat. Bagi industri pemotoran, ia sudah tentu satu berita baik.
Begitupun, tidak dapat dipastikan sama ada Huawei akan membangunkan cip kenderaan tersebut untuk dipasarkan kepada model-model kenderaan lain.
Ini kerana Huawei juga membangunkan kenderaan sendiri. -autoevolution
- BACA: CROSSOVER EV PERTAMA HUAWEI DIKENALI SEBAGAI SF5.HARGA BERMULA RM137,376
- BACA: SELEPAS BERTEMU PRESIDEN CHINA, TRUMP BENARKAN URUSNIAGA HUAWEI DI AS
- BACA: HUAWEI HILANG AKSES KE ATAS ANDROID – PENGGUNA SEKARANG TIDAK TERJEJAS
- BACA: HUAWEI TEWASKAN APPLE SEBAGAI PENGELUAR TELEFON PINTAR TERBESAR DUNIA









