
TESLA PERTIMBANG BUKA OPERASI DAN KILANG DI RUSIA
Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk memberitahu bahawa pengeluar kenderaan elektrik itu sedang menimbang untuk beroperasi di Rusia dan mencari jalan membuka kilang di sana.
Berucap dalam satu acara di Rusia secara dalam talian, Musk menyatakan Tesla sudah pun mempunyai kilang di China dan Amerika. Ia kini mencari peluang untuk membuka kilang di negara-negara lain.
Kementerian Perdagangan dan Industri Rusia ada menjemput Musk ke Rusia. “@Elonmusk, kami berbesar hati apabila mendapat tahu yang anda sedang menimbang untuk membuka kilang di Rusia. Lagi pun, kami memang ada menawarkan bantuan kepada OEM. Datanglah berjumpa dengan kami dan kita boleh berbincang,” jelas kementerian itu di laman media sosialnya.
Pengeluar kenderaan elektrik berskala kecil Rusia, Zetta kini sibuk menghasilkan EV yang bakal dilancarkan tahun ini.
Sebagai sebuah negara pengeksport minyak dan gas global, Rusia tidak mempunyai projek EV yang berjaya. Malah, penganalisis melihat prospek EV di sana tidaklah bagus berikutan kurangnya infrastruktur.
- BACA: REVIEW MODEL TESLA INI BUAT JEREMY CLARKSON DAN ELON MUSK BERGADUH BESAR
- BACA: BENGANG BREK MODEL 3 ROSAK, WANITA BUAT PROTES DI RUANG PAMERAN TESLA DI AUTO SHANGHAI 2021
- BACA: PEMILIK FORD MUSTANG MACH-E TERIMA UGUTAN DARIPADA FANBOY TESLA
- BACA: PENGECAS MELEKAT PADA TESLA SUPERCHARGER. PEMILIK MODEL 3 PENING TUNGGU 15 JAM








