Artikel PilihanBuletin

HUAWEI TEWASKAN APPLE SEBAGAI PENGELUAR TELEFON PINTAR TERBESAR DUNIA

Syarikat telekomuniskasi China, HUAWEI secara rasminya telah memintas Apple untuk tangga kedua bagi segmen telefon pintar terlaris di dunia bagi suku pertama 2019. Ia kini berada pada kedudukan satu tangga lagi sebelum mengatasi Samsung yang menerajui pasaran.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Huawei member saingan sengit kepada Apple dan Samsung dengan meningkatkan jualan produk premium mereka, terutamanya di pasaran domestik mereka di China.

Sementara itu, Apple menjangkakan jualan mereka stabil sepanjang tahun ini. Samsung pula meraikan kenaikan mendadak berbanding suku keempat tahun lalu berikutan pelancaran S10 pada bulan Februari lepas.

Penganalisis industri, IDC menjangkakan Huawei akan mengekalkan posisinya di tangga kedua untuk sepanjang 2019.

Pasaran telefon pintar sangat mencabar dari semua pasaran, namun Huawei masih mampu meningkatkan pretasinya sehingga 50 peratus.

Google ads
Back to top button