Buletin

TRAK ELEKTRIK GMC HUMMER BAKAL DIDEDAHKAN PADA BASEBALL WORLD SERIES?

General Motors akan mendedahkan GMC Hummer pada musim luruh ini sekali gus memberi tamparan hebat kepada pesaing trak elektrik.

Difahamkan, model terbaharu itu bakal diperkenalkan pada 20 Oktober ini ketika kejohanan Baseball World Series.

Menurut laporan AutoNews, Hummer pelepasan sifar emisi berkenaan akan dipersembahkan semasa perlawanan pertama baseball World Series 2020 dalam bentuk filem pendek secara serentak di beberapa saluran media.

Syarikat gergasi Detroit itu mengesahkan pemasangan trak sifar emisi bermula pada musim luruh dan menjadi model 2022.

Ia dikatakan mampu menjana kuasa 1,000 hp dan tork 15,592 Nm malah berupaya memecut 96 km/j dalam tempoh 3 saat sahaja.

General Motors turut mengatakan bahawa ia akan dilengkapi sistem pacuan semua roda dengan ciri pintar membolehkan jentera bergerak secara diagonal menggunakan mod Crabsekali gus meningkatkan kemampuan off-road. – carscoops

Google ads
Back to top button