Buletin

JDT HUMMER TOUR PRODUK PELANCONGAN BAHARU JOHOR. TIKET RM30 BOLEH PUSING-PUSING STADIUM

Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor menawarkan produk pelancongan dikenali sebagai JDT Hummer Tour sebagai perintis pelancongan sukan di negeri terbabit.

Ketua Unit Komersil Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Kevin Ramalingam, berkata produk pelancongan sukan itu adalah tarikan baharu yang dibuka kepada orang ramai di stadium berkenaan bermula hari ini.

Katanya, JDT Hummer Tour itu ditawarkan dengan kadar bayaran RM30 setiap orang.

“JDT Hummer Tour ini membolehkan pengunjung melihat sendiri stadium ikonik bola sepak Johor Darul Ta’zim itu selama sepuluh minit dengan menaiki kereta mewah limosin Hummer yang disediakan kepada mereka,” katanya.

Produk terbaharu itu akan mula beroperasi bermula pada hari Jumaat hingga Ahad bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang.

Tiket boleh didapati di kaunter tiket Stadim Sultan Ibrahim. – HM/FB JDT

Google ads
Back to top button