
HYUNDAI AMERIKA GUGURKAN GEAR 8DCT, GANTI DENGAN 8AT UNTUK SANTA FE 2026
Hyundai akan menggugurkan transmisi klac berkembar lapan kelajuan daripada barisan Santa Fe untuk pasarana Amerika apabila SUV tiga baris bersaiz sederhana itu memasuki tahun model 2026. Model Santa Fe yang dikemas kini dengan turbo bukan hibrid dengan enjin2500cc 4 silinder akan beralih kepada menggunakan transmisi automatik penukar tork lapan kelajuan (8AT).
Jurucakap Hyundai mengesahkan pertukaran transmisi dari 8DCT kepada 8AT ini. “Untuk 2026, Santa Fe beralih kepada transmisi penukar tork 8AT. Pilihan transmisi 8AT ini telah lama berada dalam kitaran pembangunan kami, dan kami mengesahkan ia menyediakan pemanduan yang ideal untuk Santa Fe bergerak ke hadapan,” kata jurucakap itu.
Penukaran transmisi ini dilakukann berikutan penarikan semula model Santa Fe 2024 yang meliputi lebih daripada 12,000 kereta dengan anggaran 100 peratus kadar kecacatan. Menurut dokumen yang dikeluarkan semasa panggilan balik untuk pasaran Amerika, operasi pemanduan biasa boleh menyebabkan kecacatan kekal pada transmisi, memerlukan Hyundai menggantikan keseluruhan unit.
Walaupun beberapa versi Kia Sorento menggunakan unit dwi-clutch lapan kelajuan yang sama, jurucakap Kia memberitahu bahawa ia tidak akan membuat penukaran yang sama untuk model 2026. Menurut beberapa dokumen tidak rasmi jurutera (dan maklum balas terbaru), versi terbaru 8DCT KIA:
- Guna pam minyak bertekanan tinggi baharu
- Sensor suhu & tekanan ditambahbaik
- Perisian TCU dikalibrasi semula
- Dan bearing serta damper dikemaskini
Untuk rekod, transmisi 8 kelajuan DCT menggunakan komponen pam minyak hidraulik elektrik tekanan tinggi semasa operasi
Pam elektrik ini mudah rosak walaupun dipandu pada keadaan normal, menyebabkan sistem menghantar maklumat kod amaran pada papan pemuka dengan pemandu hanya diberikan masa sehingga 30 saat sebelum sambungan klac diputuskan
Terdapat juga laporan lebih terkini (mac 2025) mengenai kelonggaran bearing dan kerosakan damper pada klac/flywheel yang diganti di bawah jaminan, menunjukkan bahawa selain isu reka bentuk pam, mungkin ada komponen lain dalam transmisi yang terjejas oleh beban atau pemasangan
Perubahan transmisi ini tidak menjejaskan Santa Fe Hybrid, yang menggunakan rangkaian kuasa berbeza iaitu transmisi automatik enam kelajuan. Model itu terus tidak berubah untuk 2026 selain beberapa perbezaan dalam tahap kemasan dan ciri dalaman.