Artikel Pilihan

HONDA PRELUDE BAKAL SERTAI PERLUMBAAN SUPER GT– DAN IANYA SANGAT BERKUASA

Honda Prelude mungkin baharu sahaja dilancarkan tapi Honda telah mendedahkan model perlumbaan terbaru mereka. Dinamakan Prelude-GT, ia bakal menjadi pencabar baharu mewakili Honda dalam kelas GT500 SuperGT 2026.

Jangan syok sendiri sebab ia memang nampak macam Prelude dari luar tapi dalamannya jauh berbeza. Alah sama la dengan jentera-jentera GT500 lain. Sebagai permulaan ia menggunakan enjin berkuasa turbo 2.0 liter empat selinder mengikut peraturan perlumbaan. Ia menghasilkan sekitar 650 hp kuasa maksima dan hantaran kuasa ke tayar belakang disempurnakan oleh kotak gear sequential enam-kelajuan. Jauh betul bezanya dari Prelude standard dengan 200 hp kuasa maksima.

Prelude-GT bakal bersaing dengan Toyota GR Supra GT500 dan Nissan Z Nismo GT500. Ia sebenarnya menggantikan jentera SuperGT Honda musim lepas, Civic Type R-GT. Ia dikatakan berpunca dari rekaan empat pintu yang dilihat tidak sesuai untuk menjadi asas jentera perlumbaan yang kompetitif.

Sebagai rekod Civic Type R-GT hanya berjaya merangkul satu kejuaraan selepas bertarung selama dua tahun. Tahun ini pula menyaksikan kedudukan terbaik mereka hanya ditempat kedua dengan penguasaan berterusan oleh Toyota. Okey abang Type R jangan dok kerek sangat.

Sebenarnya ia tidak normal untuk pengeluar menukar model asas jentera perlumbaan mereka namun inilah langkah yang perlu diambil untuk kekal kompetitif. Sebelum ini Honda menggunakan NSX-GT dari tahun 2017 hingga 2023. SuperGt merupakan antara perlumbaan paling penting di Jepun dan Honda tidak boleh sentiasa tunduk kepada pesaing mereka. Jadi nak tak nak mereka perlua sentiasa membuat pembaharuan.

Google ads
Back to top button