Artikel Pilihan

TOYOTA HAILAK PALING BERTUAH DI DUNIA!!!!

Para peminat kereta memang takut dengan banyak perkara seperti masalah mekanikal, kemalangan jalan raya, jalan berlubang, dan macam-macam lagi. Namun, tidak banyak perkara yang lebih teruk daripada lubang benam (sinkhole).

Minggu ini, satu kejadian lubang benam berlaku di Bangkok Thailand. Namun entah bagaimana, sebuah Toyota yang boleh dikatakan paling bertuah di dunia berjaya terlepas daripada kejadian ini tanpa sebarang kerosakan serius.

Menurut laporan Associated Press, lubang benam berlaku di sebuah jalan di Bangkok berhampiran hospital dan balai polis. Walaupun lubang tersebut sangat besar, pihak media melaporkan bahawa tiada kematian atau kecederaan berlaku, dan orang ramai di bangunan sekitar berjaya dipindahkan dengan selamat.

Reuters pula melaporkan bahawa runtuhan itu sedalam 164 kaki, manakala keluasan bahagian atas lubang mencecah hampir 10,000 kaki persegi. Punca kejadian mungkin ada kaitan dengan kerja pembinaan terowong kereta api.

Betul-betul di tengah lubang besar itu terdapat sebuah Toyota Hilux berwarna perak dengan varian KingCab. Melalui rakaman video kejadian, kelihatan tanah di sekelilingnya runtuh, tetapi trak tersebut terselamat. Nampaknya ada sejenis struktur sokongan konkrit di bawahnya yang masih kukuh menahan runtuhan, dan kebetulan trak itu diparkir tepat di atas “tapak perlindungan” tersebut.

Situasi ini boleh dianggap sebagai sangat bertuah daripada insiden runtuhan tanah lain yang pernah berlaku sebelum ini, di mana sebuah kereta “ditelan” bulat-bulat oleh lubang tanpa ada apa-apa lagi di sekitarnya.

Para peminat Hilux juga kini boleh menambah satu lagi dalam senarai perkara yang mampu dilalui oleh Hilux selain daripada penyeksaan terkenal yang pernah dilakukan kru Top Gear ke atas model lama bertahun-tahun dahulu.

Episod itu termasuklah pelbagai “seksaan” seperti merempuh pelbagai objek, malah ditinggalkan tenggelam di laut selepas diikat pada tiang di tepi pantai. Yang menakjubkan, trak itu masih boleh dihidupkan selepas dikeringkan

Google ads
Back to top button