
TOYOTA & MAZDA AKAN KONGSI PLATFORM UNTUK BUAT MX5 DAN GR86?
Khabar angin dunia automotif memang tak pernah putus di Internet tapi jujurnya, banyak juga yang akhirnya tak jadi kenyataan. Namun desas-desus terkini datang dari Jepun tentang Toyota dan Mazda ini mungkin ada sedikit asas. Katanya, generasi baharu Toyota GR86 dan Mazda MX-5 Miata bakal berkongsi platform.
Toyota Tinggalkan Subaru?
Menurut laporan majalah Jepun Best Car, Toyota dan Mazda dikatakan sedang bekerjasama membangunkan model sports RWD kompak masing-masing. Jika benar, ia bermaksud kerjasama Toyota–Subaru untuk GR86 akan berakhir, sekali gus mungkin menamatkan era enjin boxer dalam GR86.
Difahamkan juga, jurutera Mazda telah dihantar ke Toyota City, manakala Toyota pula sedang menyesuaikan platform MX-5 agar boleh digunakan dalam konfigurasi 2+2 untuk GR86 generasi ketiga. Khabar ini turut menyebut bahawa kedua-dua kereta akan menggunakan casis Mazda 990S, tetapi dengan enjin yang berbeza dengan pengeluaran bermula tahun 2028.
Kalau kita ketepikan rasa skeptikal sekejap, ada beberapa sebab kerjasama ini masuk akal:
- Mazda & Toyota memang dah ada kolaborasi. Contohnya, Mazda CX-50 Hybrid menggunakan trenkuasa daripada Toyota.
- Sejarah perkongsian platform bukan benda baru. Toyota sebelum ini bekerjasama dengan Subaru untuk hasilkan GR86 dan BRZ, manakala Mazda menggunakan Miata sebagai asas kepada Fiat 124 Spider. Hasilnya tetap berbeza kerana setiap jenama gunakan enjin sendiri.
Masa Depan: GR86 & MX-5 Elektrifikasi?
Kedua-dua Toyota dan Mazda kini fokus pada pembangunan teknologi hibrid. Jadi, tidak mustahil jika kerjasama ini melahirkan MX-5 dan GR86 pertama dengan elektrifikasi.
Di pihak Subaru pula, kalau benar BRZ tidak diteruskan selepas generasi sekarang, ia sebenarnya bukan mengejutkan. Melihat kepada barisan model semasa dan perancangan masa depan Subaru, nampaknya jenama itu memang kurang minat untuk bersaing dalam segmen kereta sports.
Analisis: Apa Maknanya Untuk Peminat?
- GR86 jadi 2+2 sebenar?
Jika Toyota betul-betul guna platform MX-5 yang dipanjangkan, GR86 mungkin jadi lebih praktikal berbanding sekarang menawarkan ruang tempat duduk belakangyang lebih besar, bukan sekadar “emergency seat.” - MX-5 kekal ringan, tapi lebih canggih.
Mazda sangat obses dengan falsafah “Jinba Ittai” (penyatuan pemandu dan kereta). Kalau ada elektrifikasi, besar kemungkinan Mazda cuba kekalkan karakter ringan & responsif, bukan sekadar tambah bateri besar. - Risiko hilang identiti.
Walaupun kongsi platform boleh jimat kos, peminat hardcore risau GR86 akan menjadi “terlalu Mazda” atau MX-5 jadi “terlalu Toyota.” Bezanya enjin mungkin cukup untuk pisahkan identiti, tapi DNA pemanduan masih tanda soal. - Subaru hilang taring.
Kalau BRZ dihentikan, Subaru hilang satu-satunya kereta sports RWD dalam lineup. Ia mungkin selari dengan hala tuju jenama itu ke arah SUV dan EV
Kesimpulan
Buat masa ini, semua ini teori masih khabar angin, jadi jangan simpan harapan terlalu tinggi dulu. Tapi kalau betul, bayangkan dua sports car ikonik Jepun, MX-5 dan GR86, lahir dari platform sama tetapi dengan DNA berbeza.

