
GARIS MASA PELAKSANAAN SUBSIDI BERSASAR RON95 DIANJAK SEDIKIT
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan waktu pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 oleh Kerajaan Madani dianjakkan ‘sedikit’.
Beliau berkata, kerajaan kini sedang memperhalusi rasionalisasi RON95 disebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu pelaksanaannya dan dasar lain mendatangkan kesan negatif kepada rakyat.
“Sedang diperhalusi. Penelitian itulah yang menganjakkan sedikit garis masa (rasionalisasi subsidi RON95),” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Sebelum ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, rasionalisasi subsidi RON95 akan dilaksanakan pada separuh kedua 2025.

Amir Hamzah berkata, Kementerian Kewangan akan meneruskan proses pelaksanaan rasionalisasi RON95, namun pada ketika ini fokus tertumpu kepada perbincangan bagi memastikan golongan yang akan menerima sokongan subsidi dikenal pasti dengan tepat.
Mengulas lanjut, Fahmi turut mengambil contoh pelaksanaan beberapa dasar sebelum ini seperti subsidi diesel dan ikhtiar lain yang dilaksanakan kerajaan memerlukan penelitian dari segi mekanisme penyalurannya serta tidak mempunyai kesan negatif kepada rakyat.
“Kalau kita lihat dalam isu peluasan skop SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) juga, ada beberapa perkara yang telah diteliti setelah diumumkan, maka beberapa penyesuaian dilaksana.
“Samalah juga dengan dasar-dasar yang belum dilaksana tetapi telah dibayangkan atau disebut sebelum ini mengenai RON95,” katanya. – Harian Metro
- BACA: HYUNDAI AMERIKA GUGURKAN GEAR 8DCT, GANTI DENGAN 8AT UNTUK SANTA FE 2026
- BACA: CHERY LANCAR TEKNOLOGI SUPER HYBRID DAN PERKENALKAN TIGGO 7 & TIGGO 8 CSH
- BACA: AKIO TOYODA SAMPAIKAN ANUGERAH KEPADA PELUMBA OTAI SUPER GT DAN JGTC – FUH DAPAT PINGAT WEH
- BACA: BMW IX XDRIVE60 M SPORT PRO, BMW IX XDRIVE45 SPORT, SERTA BMW X5 XDRIVE40I M SPORT (CKD) RASMI DILANCARKAN – HARGA BERMULA RM425K









