
HYUNDAI AMERIKA PANGGIL SEMULA DAN HENTIKAN JUALAN MODEL DENGAN TRANSMISI KLAC BERKEMBAR
Walaupun menunjukkan usaha dan pembangunan yang berterusan dalam kenderaan elektrik, namun pembuat kereta terkemuka iaitu Hyundai tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Terbaru Hyundai Amerika telah meletakkan satu notis atas talian berkenaan dengan kerosakan pada pam minyak transmisi mereka.
Transmisi yang dimaksudkan ialah transmisi klac berkembar 8 kelajuan yang mengalami masalah pada pam minyak sehingga menyebabkan kehilangan kuasa pada 6 model kereta Hyundai yang dijual di Amerkan. Antara model yang terlibat ialah Sante Fe 2021-2022, Sonata, Veloster N, Elantra N, Kona N dan Santa Cruz.
Mengikut notis yang dikeluarkan, pam ini mudah rosak menyebabkan klac tidak bersambung dan menghantar isyarat kerosakan pada meter sebagai notifikasi. sebaik sahaja isyarat ini dikeluarkan, kereta akan memasuki fail safe mode sebelum hilang kuasa sepenuhnya dalam 30 saat kemudian.
Transmisi 8 kelajuan klac berkembar yang digunakan pada kebanyakan model Hyundai di Amerika melibatkan sehingga 61,681 unit kenderaan. Siasatan mendapati kerosakan ini dikesan pada model yang dipasang oleh Hyundai Alabama dan juga berasal dari kilang di Korea Selatan.

Semua pemulik akan dimaklumkan melalui email yang akan memohon mereka ke pusat servis terdekat bagi pemeriksaan komponen dan juga penggantian transmisi baru jika perlu. Transmisi ini juga akan dikemaskini dengan perisian terbaru yang membenarkan pemanduan dalam fail safe mode.
Tiada caj tambahan akan dikenakan pada pelanggan atas servis yang dilakukan. Hyundai juga menyatakan kerosakan ini tidak pernah menyebabkan kemalangan dan juga kematian pada pelanggan mereka. Senarai no cesi yang terlibat boleh disemak di laman sesawang NHTSA.
Buat masa ini Hyundai Amerika agak panas dengan isu lain seperti isu kenderaan mereka yang senang dicuri seperti pendedahan dibuat menerusi video pendek TikTok. Isu terbaru ini menyebabkan Hyundai Amerika semakin sibuk
Namun pada masa yang sama kita tidak menafikan kebaikan sistem fail safe yang berupaya menyelamatkan sistem transmisi 8 kelajuan DCT daripada terus rosak. Hyundai Amerika turut menggesa pengedar mereka menghentikan sementara jualan kenderaan Hyundai yang baru.



