Artikel PilihanBuletin

HYUNDAI i30N – BUKTI KOREA SUDAH BERSEDIA MENENTANG CIVIC TYPE R, MEGANE RS DAN GOLF GTi

Hyundai sedar, untuk menempatkan jenama mereka pada reputasi yang bagus, mereka perlu bina kereta yang menarik minat peminat kereta sebenar. Hyundai tiada masalah dalam aspek jualan. sejak 10 tahun lepas Kumpulan Hyundai/Kia mencatat prestasi perniagaan yang bagus. Mereka sentiasa berada dalam 5 senarai teratas dengan purata jualan melebihi 8 juta unit setahun.

Hyundai lebih laris dari Honda dan Nissan, namun mereka sedar ada sesuatu yang kosong berbanding pembuat kereta terkemuka dunia yang lain. Justeru, tahun lepas Hyundai mengumumkan projek i30N untuk bersaing dengan kompak hatchback dan kenyataannya? kereta ini memang bagus. Sama bagusnya dengan CIvic Type R, Renault Megane RS dan Volkswagen GTi.

BACA: i30N 1st EDITION HABIS DALAM 2 HARI!

Ia direka di bawah sayap pembangunan berprestasi tinggi Hyundai baru yang dikenali sebagai N Performance. N Performance lahir dari ilham Albert Biermann. Biermann berpengalaman luas dan merupakan bekas Pengarah BMW bahagian M Division.

Hyundai i30N dibina bedasarkan platform i30 dan dipasangkan dengan enjin 2.0 T-GDi empat selinder. Ia mampu menghasilkan sejumlah 247bhp pada 6000rpm dan 260 paun tork pada 1450-4500rpm.

Tapi nanti dulu. Ini adalah model asas. i30N juga didatangkan dengan pilihan Performance Pack yang menawarkan kuasa sehingga 271 kuasa kuda dengan pecutan 0- 62 batu sejam dalam masa 6.1 saat – menjadikan ia model terpantas pernah dihasilkan Hyundai. Di bawah, kami sertakan pautan pandu uji yang dilakukan oleh pihak media EVO dari UK.

Walaupun agak lewat memperkenalkan kereta berprestasi tinggi, Hyundai i30N hadir dengan pakej yang cukup menarik. Ia dilengkapi fungsi pilihan lima mod pemanduan iaitu Eco, Normal, Sport, Sport N dan N Custom yang dikawal dengan menggunakan dua butang pada roda stereng.

Dan lebih penting lagi, kereta ini didatangkan dengan transmisi manual ENAM kelajuan.

Ya manual, dari Hyundai tuan tuan.

Google ads
Back to top button