
MOTO GUZZI 105TH ANNIVERSARY EDITION, EDISI KHAS SAMBUT ULANG TAHUN KE-105
Moto Guzzi memperkenalkan sejumlah model 105th Anniversary Edition bersempena ulang tahun ke-105 serta pembukaan kompleks baharu di Mandello del Lario, Itali.
Edisi khas ini ditawarkan untuk lima model, iaitu Stelvio, Stelvio PFF Rider Assistance Solution, V100 Mandello, V85 Strada dan V7 Stone.

Semua model menerima warna badan kelabu dengan kemasan cat mutiara berkilat yang diinspirasikan daripada seni bina dan warna kompleks baharu Moto Guzzi, hasil rekaan arkitek Amerika, Greg Lynn.
Warna kelabu itu menampilkan estetika perindustrian, metalik dan autentik, selaras dengan reka bentuk seni bina kompleks baharu berkenaan.

Kompleks baharu Moto Guzzi merangkumi kilang baharu, Muzium Moto Guzzi serta ruang luas untuk penganjuran acara dan kunjungan orang ramai dari seluruh dunia.
Kompleks tersebut merupakan satu pencapaian penting dalam sejarah Moto Guzzi dan bakal menjadi pusat baharu untuk satu lagi tempoh yang mendatang.
Moto Guzzi 105th Anniversary Edition

Moto Guzzi 105th Anniversary Edition ditawarkan bermula Oktober 2026 dan dijual sehingga penghujung 2027 sahaja.
Model edisi khas ini dijangka menjadi buruan peminat setia Moto Guzzi, yang dikenali sebagai Guzzisti, serta pengumpul motosikal di seluruh dunia.

Antara perincian khas yang membezakan edisi ini ialah:
- Warna badan kelabu dengan kemasan cat mutiara berkilat.
- Perincian kuning yang diinspirasikan daripada kemasan di kompleks baharu Moto Guzzi.
- Grafik khas Moto Guzzi 105th Anniversary dipaparkan secara menegak pada kedua-dua sisi tangki bahan api.
- Nombor 105 diiletakkan pada kedudukan yang biasanya menempatkan lambang Eagle ikonik Moto Guzzi.
- Rim belakang dengan grafik 105th Anniversary.
- Pelana reka bentuk khas dengan grafik Eagle Moto Guzzi serta jahitan kuning kontras.
























