
VALVOLINE LANCAR RANGKAIAN CHAMP UNTUK PENUNGGANG MALAYSIA
Valvoline Global Operations memperkenalkan rangkaian minyak enjin motosikal Valvoline Champ di Malaysia, dengan formulasi yang dibangunkan bagi memenuhi keperluan penunggang tempatan ketika berdepan cuaca panas, kesesakan lalu lintas dan perjalanan jarak jauh.
Pelancaran itu memperluas penawaran pelincir syarikat berkenaan untuk motosikal empat lejang dan skuter, merangkumi pilihan minyak enjin sintetik penuh serta campuran sintetik mengikut keperluan penggunaan.
Rangkaian terbaharu itu memanfaatkan teknologi pelinciran Valvoline bagi membantu mengawal kesan haba, mengurangkan pembentukan mendapan dan melindungi komponen enjin daripada kehausan.
Pendekatan berkenaan menyasarkan keperluan penunggang yang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan harian, selain mereka yang kerap melakukan perjalanan jauh.
Antara produk utama yang diperkenalkan ialah Valvoline Champ 4T Ultra Racing 10W-50, minyak enjin sintetik penuh yang dilengkapi Power Booster Technology.

Formulasi itu direka untuk tunggangan berprestasi tinggi dan perjalanan jarak jauh, dengan penekanan terhadap tindak balas pecutan, kelancaran tunggangan serta perlindungan ketika enjin beroperasi pada suhu tinggi.
Bagi penggunaan harian di bandar, Valvoline Champ 4T Extra 15W-50 menggunakan XTRA Clean Technology untuk membantu mengekalkan kebersihan dalaman enjin. Produk itu turut direka bagi menyokong tindak balas pendikit dan ketahanan enjin ketika motosikal kerap berhenti serta bergerak dalam kesesakan trafik.
Rangkaian minyak enjin motosikal empat lejang turut merangkumi Champ 4T Ultra Racing 10W-40, Champ 4T Extra dalam gred 10W-40 dan 15W-50, Champ 4T Premium 20W-40 serta 20W-50, dan Champ 4T 20W-40.
Rangkaian tersebut turut merangkumi formulasi yang memenuhi piawaian API dan JASO MA2.
Bagi segmen skuter, Valvoline menawarkan Champ 4T Ultra Scooter 5W-40 dalam pek 0.8 liter. Minyak enjin sintetik penuh itu menggunakan Power Booster Technology untuk menyokong kecekapan penggunaan bahan api dan perlindungan haba bagi skuter automatik generasi baharu.
Pilihan lain termasuk Champ 4T Extra Scooter dalam gred 10W-30 dan 10W-40, yang menggunakan XTRA Clean Technology, serta Champ 4T Premium Scooter dengan pilihan kelikatan sama.
Rangkaian skuter ini direka untuk membantu mengekalkan kebersihan enjin, mengurangkan kehausan dan memastikan prestasi konsisten sepanjang tempoh penukaran minyak yang disyorkan.
Pengurus Kluster Malaysia, Singapura dan Brunei Valvoline Global Operations, Leong Tak Chuan, berkata Malaysia merupakan pasaran kenderaan dua roda yang dinamik di Asia Tenggara, dengan motosikal dan skuter menjadi pengangkutan penting bagi jutaan penduduk.
Menurutnya, rangkaian baharu itu mencerminkan usaha syarikat memanfaatkan pengalaman kejuruteraan selama 160 tahun untuk menyediakan teknologi pelinciran yang sesuai dengan keadaan tunggangan tempatan.
Rangkaian minyak enjin motosikal Valvoline Champ diedarkan oleh Vanli Group, pengedar sah tempatan Valvoline, dan kini boleh didapati di bengkel, kedai runcit serta pusat servis sah di seluruh negara.
Sempena pelancaran itu, Vanli Group turut menaja 1,000 botol minyak enjin Valvoline kepada rakan penghantaran Lalamove sebagai inisiatif menyediakan pelincir kepada komuniti penghantar yang bergantung pada motosikal untuk mencari pendapatan.


